“TAK BOLEH MAKAN PEDAS…” – IMPIAN SITI NURHALIZA TIMANG ANAK LELAKI TERCAPAI

Hebahkan !!!

“Alhamdulillah, impian inginkan sepasang cahaya mata akan menjadi kenyataan, tidak lama lagi. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan ini,” demikianlah kata penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, 41, apabila impiannya memiliki sepasang cahaya mata akhirnya dimakbulkan apabila dia kini hamil anak lelaki.

Siti atau lebih mesra disapa Tokti yang kini hamil hampir lima bulan itu bakal menimang cahaya mata lelaki pada April tahun depan. Penyanyi lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ itu berkongsi jantina anak yang bakal dilahirkan menerusi Kempen Shoppee Live 12.12 Birthday Sale secara maya, hari ini. Turut serta, suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K.

Siti berkata, anak sulungnya, Siti Aafiyah teruja bakal mendapat adik: “Aafiyah, anak yang bijak. Apabila diterangkan akan mendapat adik, dia seakan faham. Malah, apabila ditanya mana adik, pantas ditunjuk ke perut saya dan menciumnya.

“Dia paling seronok nak dapat adik. Aafiyah, jenis yang suka kanak-kanak, tak kira kecil mahupun besar daripadanya. Jika ada anak kecil datang ke rumah, Aafiyah tidak segan buat kawan dan mengajak mereka main bersama-sama,” tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Berbanding awal trimester kehamilan, Siti berkata, dia cepat penat dan lemah. Dalam pada itu, Siti mendedahkan dia tidak boleh lagi makan makanan yang pedas seperti biasa sepanjang tempoh kehamilannya.

“Nak bersiap pun jadi malas. Bagaimanapun, sekarang ini, sudah sedikit cergas. Tak mabuk dan loya lagi. Saya bolehlah turut serta dalam acara seperti kempen Shoppee ini.

“Saya bersyukur tidak mengidam bukan-bukan dan pelik sejak kehamilan Aafiyah hingga anak kedua ini. Semuanya masih terkawal, cuma saya tak boleh jamah makanan pedas sejak hamil Aafiyah dan anak kedua ini. Sedangkan, saya jenis suka makanan pedas. Bila mengandung ini, tak boleh pula. Jadi, bila makan itu rasa tak puas. Hanya makan sup dan selera pun tak ada,” ujarnya.

Image_3.jpg

Sementara itu, Datuk K mendedahkan anak lelak yang bakal dilahirkan juga akan dinamakan dengan permulaan nama Mohamad, diikuti huruf A: “Saya sudah ada empat cahaya mata lelaki dan seorang perempuan. Nak tambah lagi seorang lelaki. Insya-Allah, nama anak kami akan dikongsi selepas tujuh hari kelahirannya nanti. Apa-apa pun, saya bersyukur dengan anugerah terindah ini,” jelasnya.

Pada acara sama, produk SimplySiti turut mengumumkan kerjasama dengan syarikat kosmetik, Nr Cosmetics, milik jurusolek serta saintis, Nuex Rosli yang mengeluarkan produk dua dalam satu.

Produk jenama Siti yang sudah 10 tahun berada dalam pasaran di bawah kempen SimplySiti Di Hati turut menyertai kempen amal yang dianjurkan platform beli-belah berkenaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Image_4.jpg

Pada 1 Disember lalu, penyanyi lagu ‘7 Nasihat’ ini mengumumkan dirinya sedang hamil empat bulan ketika sidang media pelancaran produk Beausiti X Wonderlab.

Siti turut berkata emosinya mudah tersentuh dan cepat berasa letih di awal kandungannya ini namun tidak mengalami alahan yang teruk. Siti juga mengakui timbul kebimbangan hamil dalam keadaan pandemik Covid-19, justeru itu dia lebih berhati-hati dengan tidak keluar rumah jika tiada urusan penting.

Untuk makluman, Siti sebelum ini pernah mengalami keguguran pada November 2015. Dia kemudiannya berkongsi berita kehamilan pada tahun 2017 iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: