Tiga lelaki Islam AS dibenar tuntut pampasan, dikeluar daripada senarai larangan terbang

11/12/2020 02:12 PM

WASHINGTON, 11 Dis — Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) pada Khamis memihak kepada tiga lelaki Islam yang menyaman Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana menyenarai atau mengekalkan nama mereka dalam senarai larangan menaiki kapal terbang, lapor Agensi Anadolu.

Lelaki terbabit berkata penyiasat persekutuan mengenakan hukuman itu kerana mereka enggan mendedahkan rakan lain yang seagama lain ketika siasatan antipengganas.

Menurut penghakiman sebulat suara yang ditulis Hakim Clarence Thomas, mahkamah tertinggi itu menyatakan, Jameel Algibhah, Naveed Shinwari dan Muhammad Tanvir kini boleh meminta wang pampasan berdasarkan undang-undang AS yang menjamin kebebasan beragama.

Thomas menulis bahawa “Akta Kebebasan Beragama (Pindaan) memperuntukkan kepada setiap individu yang mengemukakan saman, jika bersesuaian, boleh mendapat wang pampasan daripada pegawai persekutuan.

Hakim Amy Coney Barrett yang baru dilantik tidak mengambil bahagian dalam keputusan sebulat suara itu.

Meskipun mereka kini boleh menuntut ganti rugi, belum diketahui sama ada tuntutan itu akan berjaya. Ini kerana kata Thomas, ejen FBI berhak untuk menggunakan kelayakan kekebalan.

Prinsip undang-undang menetapkan aras penghakiman sangat tinggi bagi menjatuhkan hukuman terhadap pegawai penguatkuasa yang disaman ketika mereka menjalankan tugas.

Namun, prinsip ini dikecam hebat selepas kes tembakan lelaki dan wanita kulit hitam oleh polis sebelum ini.

Nama ketiga-tiga lelaki itu kini sudah pun dikeluarkan daripada daftar larangan terbang.

Korea Utara tayang peluru berpandu baharu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker