Banjir pulih, 20 mangsa di Kuala Muda dibenarkan pulang


Gambar fail

13/12/2020 02:56 PM

SUNGAI PETANI, 13 Dis — Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di daerah Kuala Muda pulih selepas kesemua 20 mangsa daripada tujuh keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tengah hari tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda yang juga Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata PPS Dewan Komuniti KOSPEN Kampung Bukit Belah di sini yang menempatkan mereka ditutup pada 1 tengah hari.

“Melihat kepada keadaan semasa banjir di kawasan terjejas, semua mangsa dibenarkan pulang dan PPS Dewan Komuniti KOSPEN Kampung Bukit Belah yang dibuka sejak pukul 6.30 petang semalam, ditutup,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan sebanyak lima kawasan di daerah Kuala Muda iaitu Kampung Haji Wahab, Taman Sutera Idaman, Kampung Bukit Belah, Taman Kenari Jaya dan di belakang Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Min Terk dilanda banjir kilat sejak petang semalam ekoran hujan lebat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker