BILA MAN RAJA LAWAK MAHU DIKENALI SEBAGAI ‘MAN TOLINI’, TAK KISAH DIKECAM

Pada tanggal 18 Disember ini, pelakon komedi dan pelawak, Man Raja Lawak, 43, kini mahu dikenali dengan nama pentas, ‘Man Tolini’. Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim dihubungi berkata nama ‘Man Tolini’ itu sudah digunakan ketika dia mengacarakan program Rumah 107 bersama dua sahabatnya, Khir Rahman dan Joey Daud.

“Nama (Man Tolini) ini sebenarnya Khir dan Joey yang berikan ketika kami bekerjasama dalam program Rumah 107, beberapa bulan lalu. Alhamdulillah, saya fikir nama ini sesuai untuk terus digunakan.

“Lagipun, saya sering disapa orang dengan panggilan seperti ‘Man Belon’, ‘Man Raja Lawak’, ‘Man Taman’ dan ‘Man Puteh’. Hingga saya rasa, banyak sangat panggilannya.



“Lainlah, kalau orang panggil saya Man ‘Remy Ishak’ ke, Man ‘Fattah Amin’ atau Man ‘Syafiq Kyle’, seronoklah juga nak kekalkan. Bahkan, diri pun rasa macam kacak sikit.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Jadi sekarang boleh panggil saya dengan nama, Man Tolini. Diharapkan semoga dengan nama Man Tolini ini akan membawa banyak peluang untuk saya mengorak langkah lebih maju dalam kerjaya seni pada masa akan datang,” katanya.



Mengulas juga seandainya menerima kecaman netizen, Man berkata dia tidak kisah kerana sudah lali. Ujarnya, kalau terus fikir netizen, pasti ada sahaja tak puas hati. Katanya, bagi duit pun dikecam, inikan pula tukar nama pentas yang baharu.

Berbicara aktiviti seninya, Man berkata dia kini menganggotai kumpulan JBORN untuk bersaing dalam pertandingan Muzikal Lawak Superstar musim kedua bermula 18 Disember ini.

Selain itu, Man turut memaklumkan dia juga belum mendapat baki bayaran sebanyak RM3,000 lagi daripada penerbit teater Korupsi Dewan Semandung lakonannya yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 29 Februari dan 1 Mac lalu.

Image_3.jpg



Image_4.jpg

Image_5.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button