NYANYIAN LIVE DIKRITIK- CIK B MOHOM MAAF, BERANG BILA DIKATAKAN GUNA ‘CABLE’ & KAYA

Anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang baru sahaja melancarkan single pertamanya berjudul ‘Tolonglah’ itu telah membuat persembahan pertama kali di pentas semalam dengan menyanyikan lagu tersebut yang disiarkan secara langsung di program Vokal Mania.

Bagaimanapun, penampilan pertamanya di pentas itu mendapat reaksi kurang baik daripada penonton apabila ramai yang mengkritik gadis berusia 15 tahun itu. Ada yang mengatakan, lebih baik jika bakat terpendam itu dibiarkan ‘terpendam’ sahaja.

Dalam pada itu ada yang memberi pendapat ramai lagi yang lebih layak untuk muncul di atas pentas tersebut dimana mereka bersusah payah untuk mengejar impian berbanding Cik B. Namun ada yang kurang senang dengan kecaman diberikan.

Susulan itu timbul perdebatan di kalangan netizen mengatakan jika tidak diberi kritikan seorang penyanyi itu tidak perbaiki persembahan mereka dan sampai ke sudah banyak lambakan penyanyi tidak berkualiti.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Namun begitu, ada yang tampil mempertahan anak kepada usahawan kosmetik itu bahawa itu merupakan percubaan pertamanya dan dia masih lagi muda. Kata netizen lagi, beri peluang pada Cik B untuk mengasah bakat lagi.

Tidak mudah melatah dengan kecaman netizen, Cik B memohon maaf di laman Twitternya serta menjelaskan dia terlalu gemuruh sehingga mulut kering ketika mempersembahnkan lagu tersebut secara langsung: “Sorry guys cikb nervous takdi sampai mulut pun terus kering #VokalMania,” tulisnya.

Dalam entri yang lain, Cik B telah meluahkan rasa berang apabila dikatakan dapat menjadi penyanyi kerana menggunakan ‘cable’ dan maknya seorang yang kaya.

Image_3.jpg

“Yang Salah saling membuta kuasa manusia bersifat biasa, adakah aku yang sama seperti apa yang selalu dibuah kata. Netizen ckp “kaya bolehla” lol!

“Cik B buat semua tu nak cari duit jugak lah bro!! Orang bayar Cik B untuk nyanyi, berlakon etc Alhamdulillah! Ingat senang ke? MAMA KAYA SEBAB KERJA!! CIKB PUN KERJA!! BUKAN DUK RUMAH GOYANG KAKI DENGKI DGN ORG.. Woman facepalming. Alhamdulillah rezeki. Folded hands

“Mama dulu takde duit,mak tinggal,ayah meninggal.. org jaga!! Tapi sekarang dgn apa ujian mama lalui mama bole jadi kaya sebab mama berkerja keras 24/7,” katanya.

Perkongsian Cik B itu mendapat perhatian netizen yang memuji keberanian gadis itu. Dalam pada itu ada yang memberi cadangan supaya Cik B masuk kelas vokal agar dapat memberikan persembahan lebih baik di masa akan datang.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker