Polis buru dua suspek cubaan ragut di Bandar Sri Damansara


ACP Nik Ezanee Mohd Faisal (Gambar fail)

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Polis sedang memburu dua suspek yang terlibat dalam kes cubaan ragut bermotosikal ketika menunggu lampu isyarat di Bandar Sri Damansara semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kejadian itu telah dirakam netizen menerusi kamera yang dipasang pada sebuah kereta.

“Suspek telah memecahkan tingkap kereta di sebelah penumpang bagi meragut beg tangan mangsa tetapi gagal apabila mangsa sempat memegang beg tangannya dan suspek terus melarikan diri.



“Mangsa seorang wanita berumur 47 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan namun kerugian akibat tingkap keretanya yang dipecah,” katanya pada Bernama hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan bagi cubaan merompak yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button