Kemarau dijangka di Terengganu antara tahun 2025 dan 2030 – kajian

Seorang waris, Ahmad Abdullah,47, sedang melihat batu-batu nisan di tanah perkuburan lama dipercayai berusia 100 tahun Tanah Perkuburan Islam itu sebelum ini berada di dasar tasik Empangan Pedu, muncul kelihatan selepas air empangan itu surut susulan cuaca panas dan kemarau yang melanda negeri ini sejak Disember lalu.
Kawasan perkuburan itu ditenggelamkan sebagai sebahagian daripada kawasan Empangan Pedu yang dibina dalam tahun 1969, bertujuan membekalkan air ke kawasan Muda bagi membolehkan tanaman padi dua kali setahun dijalanka

13/12/2020 08:44 PM

KUALA NERUS, 13 Dis — Terengganu dijangka mengalami musim kemarau serius antara 2025 dan 2030 akibat fenomena El Nino, dan diikuti banjir yang lebih kerap antara tahun 2030 dan 2035 selaras dengan kemunculan La Nina, menurut kajian.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim) Datuk Ir Dr Nasir Md Noh berkata perubahan iklim yang agak ekstrem ketika itu turut melibatkan negeri-negeri lain, namun Terengganu dijangka mengalaminya dalam tempoh lebih panjang.



Beliau berkata berkata ia merupakan sebahagian daripada hasil kajian ramalan yang dijalankan bersama dengan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), yang dihasilkan dengan menggunakan kaedah ‘big data’ yang mampu meramal perubahan iklim antara 90 dan 100 tahun akan datang.

“Ini adalah ramalan hasil laporan penilaian yang dibuat oleh Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC). Bagi Nahrim pula, tindakan yang dibuat ialah memaklumkan perkara ini kepada Kementerian (Alam Sekitar dan Air) serta operator bekalan air untuk membuat persediaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.

MoU itu telah ditandatangani pada 2 Nov lepas secara maya susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang berkuatkuasa ketika itu.

Sementara itu, Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata MoU itu akan merancakkan lagi penyelidikan universiti serta perkongsian kepakaran industri dalam beberapa projek penyelidikan jangka panjang yang berskala besar.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker