AS sahkan Sudan dikeluarkan dari senarai penaja keganasan

Aerial view of the Nile and Tuti island in Khartoum

KHARTOUM, 14 Dis — Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Khartoum pada Isnin mengesahkan Sudan telah dikeluarkan daripada senarai penaja keganasan.

“Tempoh pemberitahuan kongres selama 45 hari telah tamat dan Setiausaha Negara telah menandatangani pemberitahuan yang menyatakan bahawa Sudan telah dikeluarkan daripada senarai Negara Penaja Keganasan berkuat kuasa hari ini (14 Dis), yang akan dimasukkan dalam Daftar Persekutuan,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kedutaan itu.

Pada 23 Oktober, Presiden Donald Trump memberitahu Kongres untuk mengeluarkan Khartoum daripada senarai negara penaja keganasan AS.

Washington menuduh rejim Sudan di bawah pemerintahan Omar al-Bashir bertanggungjawab melakukan serangan terhadap kepentingan AS, termasuk ke atas kapal pemusnah USS Cole pada 2000 dan pengeboman kedutaan AS di Kenya dan Tanzania pada 1998.



Sudan bersetuju memulihkan hubungan dengan Israel selepas Mesir pada 1979, Jordan 1994, serta Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain pada 2020. Minggu lalu, Maghribi juga bersetuju menyambung semula hubungan dengan Israel.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button