BUKAN SENGAJA TARIK DIRI – AYAI ALAMI BENGKAK USUS, ISTERI & ANAK PULA POSITIF COVID-19

“Saya mahu memohon maaf kepada Ashira dan seluruh produksi GV7 kerana tidak dapat meneruskan persembahan pada malam tadi. Sebenarnya sejak bulan lalu saya jatuh sakit dan tidak dapat berjalan kerana doktor mengesahkan usus saya bengkak dan buah pinggang saya juga terkena jangkitan kuman.

“Dalam masa seminggu saya berulang alik ke hospital dan dijaga rapi oleh isteri saya, tiba-tiba isteri saya mengadu badannya seram sejuk dan tiada deria rasa. Selepas membuat pemeriksaan, isteri saya disahkan positif Covid-19 pada 28 November lalu. Saya terkejut dan sedih mengenangkan nasib isteri saya.

Jadi bukan saya sengaja tarik diri, saya dan seluruh ahli keluarga juga perlu kuarantin kerana kontak rapat kepada isteri,” demikianlah kata penyanyi Ayai Illusi yang mengakui bukan sengaja menarik diri dari melakukan persembahan bersama Ashira iaitu finalis Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang sepatutnya dijadualkan malam tadi.

Menurut Ayai atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin, 58, selain kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, dia juga terpaksa kuarantin kerana merupakan kontak rapat kepada isterinya, Siti Hajar Ali, 51, yang disahkan positif Covid-19.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Juara GV1 itu dihubungi bagi menjelaskan perkara tersebut selepas dia memaklumkan tidak dapat meneruskan persembahan dalam siaran langsung konsert akhir GV7 semalam. Selain isterinya, anak sulung perempuannya yang berusia 31 tahun turut disahkan positif Covid-19. Pun begitu, Ayai bersyukur dia disahkan negatif Covid-19 dan sudah bebas dari kuarantin mulai hari ini.

“Alhamdulillah, isteri saya kini pun sudah pulang ke rumah dan tamat kuarantin begitu juga dengan anak saya. Saya juga baru sahaja potong ‘gelang pink’ dan tamat kuarantin pagi tadi. Cuma saya masih perlu melakukan pemeriksaan penuh terhadap kesihatan saya untuk mengetahui lebih lanjut apakah sebenarnya penyakit yang saya alami.

“Esok saya akan ke hospital untuk membuat pemeriksaan terhadap usus, buah pinggang, jantung dan sebagainya. Saya harap dapat sembuh dan sihat seperti sedia kala,” jelas Ayai yang memulakan kerjayanya sebagai penyanyi selepas menyertai pertandingan realiti Bintang RTM pada tahun 1986, seterusnya menganggotai kumupulan Illusi pada tahun 1988.

Image_3.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker