Jatuhkan Maruah, Imej Digunakan Dalam Saingan Perniagaan



Serangan Berangkai Guna Video Oleh ‘Scammer’

Scammer

Persaingan dalam perniagaan merupakan lumrah lazim dalam dunia yang penuh saingan. Bagaimanapun apabila persaingan menjadi dendam sehingga membabitkan maruah diri serta keluarga, ia meninggalkan impak yang sangat besar terhadap reputasi serta imej syarikat.

Scammer

Bagi mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan, untung rugi adalah perkara biasa. Tetapi tidak semua mereka mempunyai motivasi perniagaan bersih sebagai panduan perniagaan. Ada kalangan mereka apabila tidak mendapat apa yang diinginkan maka apa sahaja jalan akan digunakan bagi mendapat kepuasan diri.

Inilah yang dihadapi dan didedahkan dalam satu laporan polis. Seorang individu dikenali sebagai DrĀ Yap Chai Sang atau dikenali sebagai Master Yap telah memulakan serangan menggunakan pelbagai platform media sosial bagi menjatuhkan reputasi sebuah syarikat.



Dipercayai pelbagai video suntingan telah diedarkan kepada orang ramai terutama kaum Cina bagi memburukkan imej serta keluarga seorang ahli perniagaan. Biasanya modus operandi ini dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam skim pelaburan cepat kaya atau dikenali sebagai ‘Macau Scam’. Dalam perkara ini, dipercayai sudah banyak penyebaran video memburukkan individu tertentu telah dimulakan malah gangguan menerusi panggilan whatsapp juga dilakukan menerusi nombor yang tidak dikenali.

Penyakit skim cepat kaya bukan hanya melanda satu kaum secara spesifik tetapi kaum lain turut terpedaya dengan pujukan serta pulangan ajaib yang dijanjikan. Bayangkan sekiranya mereka dijanjikan pulangan lumayan yang tidak setimpal dengan pelaburan yang dibuat. Sesiapa sahaja pasti akan tertarik dengan janji janji manis ‘Scammer’.

Agak menakutkan sekiranya mereka (syarikat skim cepat kaya atau ejen) bertindak di luar batasan apabila menggunakan ugutan ugutan tertentu bagi menjatuhkan maruah individu tertentu.

DIMINTA BUANG IMEJ ‘LEMBUT’ – AZWAN ALI ENGGAN HIPOKRIT, MAHU JADI DIRI SENDIRI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker