Kazakhstan adakan pilihan raya pada Januari 2021


Bolat Imanbayev

15/12/2020 02:51 PM

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Kazakhstan akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-29 pada 16 Disember, sejak itu pelbagai pencapaian sudah digapai dalam bidang politik, ekonomi dan sosial serta berjaya menempatkannya antara negara yang pesat berkembang di rantau ini.

Pelbagai pembaharuan penting dimulakan dan dilaksana Presiden Pertama Kazakhstan – Nursultan Nazarbayev dan diteruskan oleh penggantinya, Presiden Kassym-Jomart Tokayev, untuk memastikan transformasi yang pesat bagi mewujudkan masyarakat moden dan maju selain menarik pelaburan asing dan peluang perniagaan.

Pilihan raya parlimen untuk memilih anggota Dewan Rakyat (Mazhilis) pada 10 Januari nanti sekali lagi menunjukkan komitmen kepemimpinan yang konsisten terhadap usaha demokrasi.

Duta Besar Kazakhstan ke Malaysia Bolat Imanbayev berkata banyak reformasi politik telah dilaksanakan dan inisiatif diusulkan untuk memastikan pilihan raya diadakan sesuai serta memenuhi tahap piawaian sepatutnya.

“Ia termasuk menurunkan jumlah syarat pendaftaran parti politik baharu yang hanya memerlukan 20,000 ahli berbanding 40,000 sebelum ini,” katanya kepada Bernama.

Presiden K. Tokayev dalam ucapan terbarunya dilaporkan berkata pindaan terhadap undang-undang mengenai pilihan raya itu bagi menjamin penglibatan parti-parti pembangkang dalam proses perundangan sekali gus membuktikan komitmen terhadap reformasi demokratik, gender dan demografi dalam politik.

Perubahan penting lain, termasuk jaminan kuota 30 peratus dalam daftar parti untuk wanita dan beliau di bawah 29 tahun, katanya.

Menurut Imanbayev, sejak 2007, Dewan Rakyat terdiri 107 timbalan menteri, 98 daripadanya dipilih melalui sistem elektoral mengikut senarai parti dan sembilan anggota bebas dipilih oleh Majlis Rakyat Kazakhstan.

Terdapat lima parti politik berdaftar di Kazakhstan, iaitu “Nur Otan”, Parti Demokratik Kazakhstan “Ak Zhol”, Partii Rakyat Kazakhstan, Parti Demokratik Patriotik Rakyat “Auyl”, dan Parti “Adal”.

Pilihan raya kali ini juga menyaksikan buat pertama kalinya pemilihan berdasarkan daftar parti untuk badan perwakilan tempatan (Maslikhats) diadakan pada masa yang sama.

“Pindaan undang-undang pilihan raya Kazakhstan menunjukkan komitmen kerajaan untuk menerapkan strategi baharu reformasi ekonomi yang berjaya, digabungkan dengan pemodenan kehidupan sosiopolitik negara,” katanya.

Menurut, kerajaan akan memastikan proses pilihan raya akan berlangsung dengan aman dan menyediakan protokol kesihatan yang terbaik ekoran penularan wabak COVID-19.

Wargan Kazakhstan tanpa rekod jenayah berat atau rasuah, berusia sekurang-kurangnya 25 tahun dan sudah menetap selama 10 tahun, boleh menjadi anggota parlimen.

Tempoh keahlian Dewan Rakyat sedia ada akan berakhir pada Mac 2021.

Setahun pemerintahan Tokayev, Kazakhstan alami reformasi politik, ekonomi, sosial

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker