Korea Selatan tingkat pengawasan kekang wabak demam babi Afrika

15/12/2020 01:14 PM

SEOUL, 15 Dis — Korea Selatan akan meningkatkan pengawasan terhadap penyakit demam babi Afrika (ASF) berikutan meningkatnya jumlah jangkitan membabitkan babi liar dan berpontensi untuk merebak ke ladang ternakan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Sejak Oktober tahun lalu, Korea Selatan telah mengenal pasti 883 kes ASF daripada babi hutan di kawasan sempadan, menurut Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar pada Selasa.



Menurut laporan tersebut, walaupun pagar sudah dipasang di kawasan sempadan, tetapi kesan penyakit itu ditemui dari luar kawasan berpagar di Inje, 165 kilometer ke timur Seoul.

Kerajaan akan menghantar 35 pegawai ke Inje untuk mengesan saki baki babi hutan.

“Kami meminta pengusaha ladang babi supaya mengikuti panduan pencegahan secara menyeluruh, termasuk meletakkan kapur tohor (kalsium oksida) di sekitar kandang,” kata kementerian itu.

Tahun lalu, negara itu dilanda wabak ASF membabitkan babi tempatan dan menjejaskan 14 ladang.



ASF tidak memberi kesan kepada manusia tetapi boleh membawa maut kepada babi dan setakat ini belum ada vaksin atau penawar.

26 ladang ternakan babi buang sisa kumbahan ke dalam sungai



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button