Kepala budak 3 tahun terperosok celah jeriji besi pintu rumah

Kepala budak 3 tahun terperosok celah jeriji besi pintu rumah

Kepala budak 3 tahun terperosok celah jeriji besi pintu rumah
Anggota bomba dalam usaha mengeluarkan kepala kanak-kanak lelaki yang terperosok antara jeriji besi pintu rumah di Bandar Puncak Alam, hari ini. – FOTO IHSAN BOMBA

KUALA SELANGOR: Seorang budak lelaki terpaksa menahan sakit hampir 25 minit selepas kepalanya terperosok antara jeriji besi pintu rumahnya di Bandar Puncak Alam, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.22 tengah hari tadi sebelum menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya ke lokasi.

Sebaik tiba, katanya, anggota bomba mendapati kepala seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terperosok antara jeriji besi pintu rumah di lokasi yang dilaporkan.

“Anggota bomba kemudian merenggangkan jeriji besi dan melepaskan kepala mangsa dengan selamat. Kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada ibunya,” katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya jam 2.30 petang.

Lelaki maut cuba tahan kereta gelongsor masuk laut

Kepala budak 3 tahun terperosok celah jeriji besi pintu rumah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker