“TERLANGGAR OBJEK ITU YANG SAYA FIKIRKAN ANJING” – FIZI ALI TERBABIT KEMALANGAN

“Sebenarnya saya memandu secara santai saja memandangkan kenderaan pun tidak banyak sewaktu kejadian. Tiba-tiba, ada pula objek bergerak di depan kereta dan saya pun cuba berusaha mengelak.

“Tapi, malangnya saya terlanggar juga objek itu yang saya fikirkan seekor anjing. Memang agak kuat juga dentuman perlanggaran itu sebelum saya perlahankan kereta dan berhenti di tepi jalan untuk memeriksanya.

“Saya ingatkan objek itu tersekat di bawah kereta sebab bunyinya memang agak kuat. Tapi tiada pula. Puas saya cari kelibat anjing itu namun tak nampak langsung,” demikian kata penyampai radio Fizi Ali, 31, yang berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan menyebabkan keretanya rosak teruk ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Petaling Jaya jam 5 pagi, hari ini.

Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin berkata, dia terlanggar objek bergerak yang disangkanya anjing, namun tidak pasti disebabkan tidak melihat kelibat haiwan itu di tempat kejadian.

Klik untuk gambar besar

“Sebenarnya saya memandu secara santai saja memandangkan kenderaan pun tidak banyak sewaktu kejadian. Tiba-tiba, ada pula objek bergerak di depan kereta dan saya pun cuba berusaha mengelak. Tapi, malangnya saya terlanggar juga objek itu yang saya fikirkan seekor anjing.

“Memang agak kuat juga dentuman perlanggaran itu sebelum saya perlahankan kereta dan berhenti di tepi jalan untuk memeriksanya. Saya ingatkan objek itu tersekat di bawah kereta sebab bunyinya memang agak kuat. Tapi tiada pula. Puas saya cari kelibat anjing itu namun tak nampak langsung,” ceritanya.

Fizi bagaimanapun bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan itu: “Kerosakan pada bahagian depan kereta memang agak teruk juga apabila radiator pecah. Apapun, saya okay dan selamat. Namun, kereta terpaksa dihantar ke bengkel dan mengambil masa sebulan untuk dibaiki,” katanya.

Sebuah objek menyerupai bom ditemukan di Hulu Langat – Polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker