Tinjauan terkini dapati 30 peratus rakyat Jepun mahu Olimpik Tokyo dibatalkan

15/12/2020 03:57 PM

TOKYO, 15 Dis — Tinjauan pendapat terbaharu menunjukkan lebih 30 peratus responden mahu Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo dibatalkan, lapor Agensi Berita Xinhua memetik penyiar Jepun NHK pada Selasa.

Tinjauan menerusi telefon pada hujung minggu lalu itu membabitkan 1,200 orang responden yang ditanya sama ada wajar atau tidak Sukan Olimpik dan Paralimpik dianjurkan pada 2021.

Daripada jumlah itu, 27 peratus berpendapat acara itu harus diadakan manakala 32 peratus lagi mahu ia dibatalkan dan 31 peratus merasakan ia perlu ditunda.

Dalam tinjauan Oktober lalu, 40 peratus responden menyatakan acara harus diadakan, 23 peratus mahu ia dibatalkan dan 25 peratus berpendapat ia perlu ditunda.

Perdana Menteri Yoshihide Suga berkata kerajaannya bertekad untuk menganjurkan Olimpik yang “selamat dan terjamin” pada tahun depan.

Jepun mengalami gelombang pandemik COVID-19 ketiga, dengan 1,677 kes baharu disahkan pada Isnin.

Tokyo mencatatkan jangkitan virus tertinggi di antara 47 wilayah di Jepun, dengan 305 kes baharu.

Kelantan United nafi mahu Liga-M dibatalkan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker