BUSANA DISAMAKAN DENGAN ‘VALAK’ – AINA ABDUL MINTA MAAF, JELAS ADA MAKSUD TERSIRAT

Jika sebelum ini penampilan penyanyi Aina Abdul menerima kritikan, terkini perkara tersebut berulang kembali apabila kali ini busana ketika menyampaikan lagu ‘Semalam’ di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM35) mengundang pelbagai komen lucu daripada penonton. Ada segelintir netizen menyamakan busana yang digayakan Aina seperti watak Valak dalam filem seram ‘The Nun’ dan ‘The Conjuring 2’.

Menjawab usikan nakal penonton itu, Aina menjelaskan persalinan hitam putih yang digayakan itu sebenarnya mempunyai maksud dan mesej tersirat. Justeru, Aina memohon maaf kepada penonton yang mungkin tersinggung dengan penampilan berkenaan semasa menyampaikan lagu tersebut.

“Sejujurnya saya memang gemar bereksperimen dengan fesyen dan sebenarnya ada cerita di sebalik busana saya itu. Baju rekaan Syamil Fazwan ini menggambarkan saya sebagai seorang wanita yang sudah lama meninggalkan masa silam.

“Apabila orang lihat busana itu, harapannya mereka semua nampak saya sebagai wanita kuat yang datang semula untuk menceritakan apa yang dilalui dahulu. Saya dah boleh agak orang akan samakan saya dengan watak itu. Saya minta maaf jika saya membuat orang rasa seram,” katanya.

Lagu ciptaan sepenuhnya daripada Aina Abdul itu layak meneruskan saingan ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang dijangka akan berlangsung pada awal tahun depan.

Klik untuk gambar besar

Pada AJL34 yang diadakan Februari lalu, Aina yang mempersembahkan lagu ‘Sumpah’ dikritik netizen sehingga menerima teguran Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA) kerana gimik ‘baju berdarah’ yang dikatakan keterlaluan dan melanggar peraturan.

Malah, penyanyi ini juga kerap tampil dengan pelbagai fesyen unik dan menarik perhatian netizen di laman sosial. Dalam pada itu, Aina turut meluahkan rasa syukur apabila lagu ‘Semalam’ layak bertanding di AJL35.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur berjaya melayakkan diri ke pentas besar ini… sebagai seorang penyanyi baharu, ini adalah satu penghargaan yang sangat tinggi untuk saya.

“Saya sangat berterima kasih kepada barisan juri dan pihak TV3 yang memberikan peluang kepada Semalam. Sudah tentunya saya tak akan dapat buat semua ini tanpa bantuan pasukan yang menjadi 70 peratus kekuatan saya.

“Insya-Allah, saya akan memberikan sebuah persembahan yang bakal diingati semua di malam AJL35 tahun hadapan. Saya mohon doa semua,” katanya lagi.

BILA BAJU AINA ABDUL DI ABPBH-33 DISAMAKAN AISKRIM MCD

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker