“DOA ORANG TERANIAYA TIADA HIJABNYA” – AIR MATA AISHAH GUGUR ‘AKU BIDADARI SYUGAMU’ LAYAK

“Malam ini (semalam) gugur lagi air mata saya, gembira untuk komposer dan penulis lirik Aku Bidadari Syurgamu. Air mata ini juga mengenangkan sama ada adakah pisang akan berbuah dua kali?

“Berat… Allah SWT sahaja yang tahu tapi saya yakin doa orang teraniaya tiada hijabnya, hanya dia yang tahu segalanya. Tahniah komposer Ippo Hafiz dan penulis lirik Siti Rosmizah Semail karya ‘Aku Bidadari Syurgamu’ mara ke AJL35,” kata penyanyi Aishah menerusi laman Instagram.

Aishah menitiskan air mata apabila mengetahui lagu nyanyiannya semasa separuh akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) berjudul ‘Aku Bidadari Syurgamu’ berjaya melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL35), tahun depan.



Aishah berkata dia akan berdepan tugas berat untuk menyanyikan lagu itu di AJL35 kelak, lebih-lebih lagi selepas persembahannya semasa SFMM35 menerima pelbagai kritikan daripada netizen.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza itu antara 12 lagu yang layak ke pentas AJL35 yang dijangka akan berlangsung pada awal tahun depan.



Lagu lain yang turut layak ialah ‘Hati’ nyanyian Hael Husaini, ‘Peluang Kedua’ (Nabila Razali), ‘Belenggu Rindu’ (Datuk Jamal Abdillah, Wany Hasrita), ‘Eh’ (Zizi Kirana), ‘Gundah’ (Ernie Zakri) dan ‘Gila’ (Kaka Azraff, Loca B, Noki).

Selain itu, ‘Jangan Khianati Aku’ (Azlan & The Typewriter), ‘Semalam’ (Aina Abdul), ‘7 Nasihat’ (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta) dan ‘Kau Sakiti’ (Amir Masdi).

Image_3.jpg

Sementara itu, juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV7) ini berkata dia sering menangis apabila mendengar lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ itu kerana teringatkan perjalanan hidupnya sebagai seorang isteri.



“Banyak makan air mata saya dengan lagu ni. Mula-mula dengar lagu ni, memang banyak kali air mata jatuh terutamnya bahagian ‘Seandainya aku yang pergi dulu…’ saya selalu cakap benda yang sama kepada abang (suami). Kenapa saya kata begitu kerana seorang isteri yang pergi dulu dalam keredaan, doa dan keampunan suaminya sangat mudah jalannya ke syurga.

“Anda pun tahulah segala haru biru selepas persembahan saya dalam lagu ini yang membuatkan lebih banyak air mata saya yang jatuh ke bumi. Air mata yg jatuh tak bererti lemah, sekadar mengingatkan kita yang kita hanya manusia yang ada hati dan perasaan,” ujarnya.

Pada 21 November lalu, Aishah menyanyikan lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ menggantikan penyanyi asal Siti Nurhaliza. Bagaimanapun, persembahan Aishah menerima pelbagai reaksi penonton termasuklah komen yang berpendapat lagu tersebut tidak dibawa dengan baik dan tiada penjiwaan.

DUA LAGU NAIM DANIEL GAGAL KE AJL35 – NETIZEN LUAH KECEWA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button