Gagal lindungi privasi pengguna, Ireland denda Twitter €450,000

16/12/2020 11:30 AM

ANKARA, 16 Dis — Twitter didenda €450,000 (US$547,000) oleh pihak berkuasa Ireland kerana mendedahkan ciapan peribadi yang dimuat naik di media sosial itu, langkah pertama seumpamanya di bawah undang-undang privasi data Kesatuan Eropah (EU) yang baharu.

Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland mendapati Twitter tidak mematuhi Peraturan Perlindungan Data Umum EU dan gagal mengemukakan bukti berhubung perkara itu, lapor Agensi Anadolu.

Keputusan itu dikatakan kes teknologi besar dan yang pertama, memetik kenyataan suruhanjaya berkenaan pada Selasa.



Denda itu berkaitan pelanggaran data pada 2019 di aplikasi Twitter apabila ciapan beberapa pengguna yang seharusnya dilindungi disebarkan kepada umum.

Peraturan perlindungan data itu di bawah undang-undang EU 2018 bertujuan memelihara privasi individu dan melindungi data mereka daripada disalah guna.

Mengulas mengenai keputusan itu, Twitter berkata: “Kami bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan itu dan tetap komited untuk melindungi privasi dan data pelanggan kami, termasuk memaklumkan kepada masyarakat mengenai masalah yang terjadi dengan cepat dan telus. Kami memohon maaf atas apa yang berlaku.”

Akaun Twitter BermanaTV digantung – MCMC

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker