Nilai Ku Li di mata Mahathir

Episod gila menjadi Perdana Menteri tidak akan berakhir dengan adengan Mahathir mengheret Ku Li bersemuka dengan media pada beberapa hari yang lepas. Virus gila jawatan ini akan berakhir apabila Mahathir menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Apa yang sedang berlegar di fikiran rakyat sekarang adalah kenapa Mahathir tidak menyerang Muhyiddin secara langsung apabila berkesempatan berhadapan dengan lensa para media? Bukan mudah peluang keemasan seperti itu beliau perolehi memandangkan Muhyiddin dilihat mula ‘menjauhkan’ media dari mengerumuni Mahathir, yang sanggup membuat liputan untuk Mahathir adalah stesen TV3 sahaja. Itu pun kerana dikatakan kroni Mahathir memiliki saham tersebesar di situ.

Hampir sejam Mahathir berceloteh di hadapan media namun yang keluar dari mulutnya adalah tentang kelemahan kerajaan menguruskan ekonomi negara dan bukannya Muhyiddin gagal memacu negara keluar dari zon merah-ekonomi. Ku Li dilihat seperti pandir yang sedang mengelamun impikan jawatan utama negara, hingga bait terakhir Mahathir kekal mengatakan beliau bersedia menjadi Perdana Menteri sekali lagi sekiranya di sokong oleh majoriti ahli parlimen.

Ku Li mungkin gagal membaca strategi Mahathir. Ku Li gagal memahami kenapa Mahathir beriya-iya menjemputnya datang ke sidang media tersebut dan tidak ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut Mahathir tentang Muhyiddin tetapi nama Najib yang terpacul. Saat itu Ku Li pun masih tidak berupaya memahami betapa beliau sudah menjadi lembu dan bukannya individu yang istimewa di mata Mahathir.



Umum mengetahui Ku Li tidak menyukai Mahathir dan Muhyiddin tetapi langkah Ku Li kali ini sememangnya tempang, harapan untuk mendengar Mahathir mencalonkannya sebagai Perdana Menteri atau sekurangnya Timbalan Perdana Menteri tidak kesampaian. Mungkin faktor umur maka Ku Li sudah hilang deria rasa, kelicikan Mahathir tidak menyerang Muhyiddin secara langsung adalah berkemungkinan besar bahawa beliau menaruh harapan agar Muhyiddin menyerahkan balik kuasa kepadanya kerana kononnya Muhyiddin bakal hilang sokongan terutama dari sokongan ahli parlimen UMNO BN.

Ku Li betul-betul lupa betapa anak Mahathir masih ada dan jawatan untuk beliau bukannya sebagai anggota kabinet biasa sekiranya beliau mendapat jawatan Perdana Menteri sekali lagi. Leka dan alpa dengan keselesaan menjadi ahli parlimen puluhan tahun menyebabkab Ku Li sudah hilang bisanya.

Sedarlah, Mahathir tidak akan berhenti di situ sahaja. Selagi nyawa di badan, selagi itu rakyat akan dibodohkannya. Bulan hadapan mungkin Mahathir heret Anwar sekali lagi bertemu media?

Ku Li, cukup-cukuplah. Periksalah lidah anda, sudah bercabang?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker