Bekas Ahli Parlimen New Zealand mengaku bersalah

Oleh – Syeikh Baran


Bekas Ahli Parlimen New Zealand mengaku bersalah
Golriz Ghahraman

Bekas Ahli Parlimen New Zealand, Golriz Ghahraman pada Rabu mengaku bersalah atas tuduhan mencuri – skandal yang telah menjejaskan kerjayanya sebagai ahli politik berhaluan kiri di negara itu.

Golriz, pelarian pertama yang dipilih ke Parlimen New Zealand, meletakkan jawatan daripada tugas politiknya pada 16 Januari lalu kerana mahu menangani kesihatan mentalnya.



Tidak lama kemudian, polis mendakwa ahli politik yang sedang meningkat naik itu didapati bersalah kerana mencuri di butik pakaian.

Golriz yang sebelum ini berkhidmat sebagai jurucakap keadilan partinya, mengaku bersalah di Mahkamah Auckland atas empat pertuduhan mencuri di butik pakaian.

Beliau yang juga seorang bekas peguam hak asasi manusia berkata, tekanan kerja menyebabkan dirinya terpaksa meletakkan jawatan dan menjadikan dirinya berada dalam luar kawalan.

Golriz berkata, beliau cuba untuk memaafkan tindakan dirinya itu yang telah mengecewakan ramai orang.



Beliau dilahirkan di Iran sebelum berpindah ke New Zealand ketika usia kecil bersama keluarganya apabila mereka diberikan suaka politik.

Selepas tamat pengajian dalam bidang undang-undang, Golriz menjadi peguam hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bekerja di tribunal jenayah antarabangsa sebelum memasuki Parlimen pada 2017.

Sebelum dakwaan itu diketahui umum, beliau telah dikritik kerana pembabitannya yang menonjol dalam beberapa protes pro-Palestin. – AFP

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button