Presiden Brazil ucap tahniah kepada Biden

16/12/2020 05:37 PM

RIO DE JANEIRO, 16 Dis — Presiden Brazil Jair Bolsonaro pada Selasa mengucapkan tahniah kepada bakal presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden atas kemenangannya dalam pemilihan presiden.

Dalam ciapan Twitter yang ditulis dalam bahasa Portugis, Bolsonaro berkata sudah bersedia untuk bekerjasama dengan pentadbiran baharu dan terus “membina pakatan Brazil-AS” demi kepentingan rakyat, lapor Agensi Berita Xinhua.

Mesej itu turut disiarkan di laman web Kementerian Luar Brazil.

Undi Elektoral AS pada Isnin memihak kepada berikan Biden yang memperoleh 306 undi sekali gus mengesahkan kemenangannya dalam pilihan raya November.

Biden akan mengambil alih jawatan pada 20 Januari 2021.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker