ZIZI TERPAKSA MASUK WAD – DOKTOR MASUKKAN DUA BEG DARAH

ZIZI TERPAKSA MASUK WAD – DOKTOR MASUKKAN DUA BEG DARAH

“Sudah lima hari Zizi ditahan di hospital. Pada awalnya, dia mengadu lemah dan mengah serta loya-loya. Saya bawa ke klinik untuk pemeriksaan. Tak sangka pula dia mengalami kekurangan darah dan seterusnya dibawa ke hospital.

“Sekarang, keadaannya stabil, cuma pernafasannya masih agak lemah dan tak boleh banyak bergerak,” kongsi suami penyanyi Zizi Kirana, Yusof Bahrin ketika dihubungi yang memaklumkan keadaan kesihatan isterinya yang kini semakin stabil.

Difahamkan, Zizi dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya selepas mengalami kekurangan darah sejak lima hari lalu. Pelakon drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ itu juga memaklumkan bahawa isterinya terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH34) yang akan berlangsung malam ini.

ZIZI TERPAKSA MASUK WAD - DOKTOR MASUKKAN DUA BEG DARAH

“Atas faktor kesihatan, doktor menasihatkan Zizi supaya berehat buat sementara waktu dan kerana itu, dia terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan di ABPBH34 pada malam ini,” katanya.

Dalam masa sama, Yusof memaklumkan Zizi masih perlu melalui proses memasukkan darah: “Doktor maklumkan, perlu masukkan dua beg darah dan untuk habiskan satu beg darah pun memakan masa yang agak lama. Jadi, saya tak pasti bila doktor akan benarkan dia pulang,” jelasnya lagi.

Zizi sepatutnya membuat persembahan pada malam ini bergandingan bersama penyanyi Fauziah Latiff. Kerana masalah kesihatan, tempat Zizi akan digantikan oleh Wani Kayrie.

ZIZI TERPAKSA MASUK WAD - DOKTOR MASUKKAN DUA BEG DARAH

ZIZI TERPAKSA MASUK WAD – DOKTOR MASUKKAN DUA BEG DARAH


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker