Kerajaan pilihan ahli parlimen membahayakan rakyat?

Kerajaan tebuk atap, pintu belakang, kerajaan khianat, kerajaan ‘tidak sah’ dan pelbagai label lagi diberikan kepada kerajaan pimpinan Muhyiddin Yasin. Terlalu banyak drama dipertontonkan kepada rakyat sejak Muhyiddin mengambil alih jawatan dari Mahathir. Beza jumlah kerusi yang amat sedikit telah meletakkan kerajaan Muhyiddin terlalu rapuh dan boleh menimbulkan polemik betapa ahli parlimen kemungkinan mudah terdedah kepada rasuah. Rasuah membeli sokongan.

Terkini, undian belah bagi di parlimen terhadap Bajet2021 memperlihatkan senario seolah wujudnya tekanan melampau terhadap Muhyiddin malah ahli parlimen Jelutong turut menyerang Muhyiddin kononnya kerajaan sekarang ini sedang diugut atau kemungkinan beliau bermaksud mudah diugut. Mungkin juga mudah dibeli.

Cubaan Mahathir, Anwar dan Ku Li adalah kemuncak dari usaha untuk meruntuhkan kerajaan Muhyiddin bagaimana pun gagal. Rakyat sedang melihat dan muak dengan kerenah semua ini. Setiap hari rakyat dihidangkan dengan kisah kuasa politik dan drama perebutan kuasa seperti tiada berpenghujungnya.

Ahli parlimen dilihat semakin mewah dan rakyat semakin terhimpit dan jumlah yang jatuh miskin begitu drastik sehinggakan wujud klaster penjawat awam di pelbagai peringkat dan agensi mengambil kesempatan menipu wang rakyat dengan aktiviti jenayah termasuk bersubahat menjadi ‘scammer’ dan juga paling parah memalsukan dokumen keluar-masuk warga asing ke negara ini.



Muhyiddin canang integriti tetapi graf skandal mega mencanak naik. Paling memalukan kes mirip Azmin Ali bersemburit tidak dipandang serius oleh Muhyiddin. Kebalnya ahli parlimen?

Muhyiddin Perdana Menteri Paling Gagal Secara Total

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker