TAHNIAH – UMMI NAZEERA HAMIL ANAK KEDUA

“Assalamualaikum. Alhamdulillah Ummi nak share di sini. Ummi telah dianugerahkan rezeki untuk mengandung kali kedua dengan Izin Allah SWT. Ummi minta tolong semua untuk doakan kesihatan baby yang kini hampir 4 bulan dan juga Ummi kedua duanya sihat walafiat.

“Semoga perjalanan kami dipermudahkan,” tulis pelakon Ummi Nazeera menerusi laman Instagram miliknya dimana dia mengumumkan berita gembira bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Ummi memuat naik gambar bersama suami dan anak sulungnya memegang alat ujian kehamilan. Ummi turut memaklumkan usia kandungannya kini sudah mencecah empat bulan dan keadaan kesihatannya serta bayinya baik-baik sahaja.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas zuriat kedua itu serta mendoakan agar segala urusan dipermudahkan sehingga proses bersalin.

Ummi mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor, Dr Mohd Izzar Anwari pada Ogos 2017. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada September 2018 diberi nama Ayra Aneesah kini berusia dua tahun.

Image_3.jpg

SITI NURHALIZA SAHKAN HAMIL 4 BULAN – AAFIYAH BAKAL DAPAT ADIK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker