Najib dan keluarga zahir penghargaan kepada kerajaan


Datuk Seri Najib Tun Razak

19/12/2020 06:25 PM

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan penghargaan keluarganya kepada kerajaan di atas keputusan untuk menganugerahkan Istiadat Pengebumian Negara kepada ibunya, Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.

Beliau berkata penganugerahan itu disifatkan sebagai sesuatu yang istimewa kepada seluruh ahli keluarganya.

“Penganugerahan ini akan menjadi kenangan manis kepada keluarga Tun Razak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai Istiadat Pengebumian Negara Tun Rahah di Lingkaran Makam Pahlawan di Masjid Negara hari ini.

Beliau berkata majlis tahlil juga akan diadakan setiap hari selama seminggu bermula malam ini di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi.

Tun Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada 4.45 petang semalam.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker