Raja Permaisuri Agong beri penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah

Hebahkan !!!


Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di kediamannya malam ini.

18/12/2020 10:40 PM

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di kediamannya sini, malam ini.

Baginda yang tiba di kediaman berkenaan bersama pegawai pengiring kira-kira pukul 8.40 malam, meluangkan sedikit masa bersama dengan keluarga Allahyarhamah.

Turut kelihatan di kediaman itu ialah anak Alllahyarhamah Datuk Seri Najib Razak Tun Razak yang juga bekas Perdana Menteri keenam.

Tun Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia petang tadi.

— BERNAMA

Leave a Reply

%d bloggers like this: