PAS Mula Menekan PPBM Dalam Pembahagian Kerusi Pada Pilihanraya Negeri

PAS Mula Menekan PPBM Dalam Pembahagian Kerusi Pada Pilihanraya Negeri

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yasin, mengumumkan PN akan bertanding di semua 245 kerusi DUN dalam 6 pilihanraya negeri yang bakal menjelang.

Dari 245 kerusi DUN tersebut:

  • PAS akan bertanding sebanyak 126 kerusi DUN
  • PPBM pula hanya bertanding sebanyak 83 kerusi DUN
  • Gerakan pula hanya 36 kerusi DUN.

Sebagaimana di PRU 15, PN akan menggunakan lambang PAS di Kelantan dan Terengganu.



Manakala di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pula akan menggunakan lambang Perikatan Nasional.

Muhyiddin juga menjelaskan 64 kerusi yang ditandingi PPBM adalah kerusi yang kini disandang oleh parti lain.

Manakala PAS pula akan cuba merampas 50 kerusi yang kini disandang oleh parti lain.

Dan Gerakan pula berhadapan cabaran merampas 36 kerusi DUN dari parti lain.



Ini bermakna PPBM hanya mempunyai kelebihan 19 kerusi DUN.

PAS pula memiliki kelebihan 76 kerusi DUN dan Gerakan tidak mempunyai apa-apa kelebihan.

PAS Mula Menekan PPBM Dalam Pembahagian Kerusi Pada Pilihanraya Negeri

Dari pembahagian kerusi selamat dan juga jumlah keseluruhan kerusi yang dipertandingkan, ternyata PAS kini mendominasi PN.



PPBM pula terpaksa akur dengan kehendak PAS kerana mereka sedar mereka tidak mempunyai jentera pilihanraya.

Dan PPBM hanya bergantung kepada jentera pilihanraya PAS.

Maklumat dalaman memaklumkan, PAS enggan memberikan ruang kepada PPBM untuk bertanding di kerusi yang kini dimiliki oleh PAS.

Persoalannya sekarang, apakah nasib PPBM sekiranya PAS membuat keputusan untuk menyertai Kerajaan Perpaduan selepas PRN 6 negeri?



Ianya tidak mustahil berlaku kerana PAS sememangnya dikenali sebagai parti oportunis yang sanggup mengkhianti kawan demi mendapatkan kuasa.

Tidak ada jaminan PAS akan terus setia bersama PPBM di dalam PN selepas pilihanraya di 6 negeri.

 

PAS Mula Menekan PPBM Dalam Pembahagian Kerusi Pada Pilihanraya Negeri

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button