IBU KENA SERANGAN ASMA, DIKEJARKAN KE HOSPITAL – ALI PUTEH MOHON DOA

“Salam Jumaat penghulu segala hari, emak dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Selayang sebab semput semalam (Khamis). Sekarang masih di hospital… mak ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan. Semoga mak kuat dan terus kuat,” demikianlah tulis pelawak dan pelakon Ali Puteh menerusi laman Instagram miliknya.

Ali memaklumkan ibunya, Sabariah Arshad telah dimasukkan ke Hospital Selayang, Selangor kerana serangan asma pada malam Khamis. Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut memaklumkan ibunya kini ditidurkan dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik foto memperlihatkan sebuah ambulans yang dinaiki ibunya. Sementara itu, adik kepada Allahyarham Abam ini memohon orang ramai mendoakan kesihatan ibunya itu agar cepat sembuh dan pulih seperti biasa.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Doakan buat mak semoga semuanya kembali sedia kala… Allah uji tanda Allah sayang, segala puji bagi Allah. Doakan buat mak ya! Amin,” ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut mendoakan supaya wanita berusia 63 tahun ini diberikan kesembuhan segera: “Allahuakbar… sayu tengok wajah makcik, semoga dijauhi dari segala kesulitan dan kesakitan. Amin!

“Sabar bro dengan dugaan ini, emak saya pun tak berapa sihat juga… semoga Allah beri kesembuhan buat ibu-ibu kita dan mereka-mereka di luar sana yang juga kurang sihat,” komen pengikut.

Image_3.jpg

KAF JAWAP ISU ‘SEDEKAH PAKSA’ YANG TULAR DI MEDIA SOSIAL

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker