“KEDAI KAMI DIROMPAK, LELAKI INDIA PAKSA SERAHKAN DUIT SALES” – LAN SOLO

Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram, penyanyi Lan Solo, 35, memaklumkan bahawa kedai runcit milik dia dan isterinya, Shiela, 35, iaitu Solo Borneo Mart dekat Puchong telah dirompak seorang lelaki dipercayai bangsa India.

Melihat pada entri tersebut, Lan turut memohon orang ramai memberi maklumat dan informasi sekiranya ada melihat insiden tersebut berlaku. Dalam pada itu, bekas vokalis kumpulan Kristal ini memberitahu akan mengambil tindakan dan membuat laporan polis berkaitan kes berkenaan.

“MINTA BANTUAN WARGA PUCHONG.. KEDAI KAMI DIROMPAK. LELAKI INDIA INI TELAH MEMAKSA STAFF KEDAI SAYA SERAHKAN DUIT SALES.. JIKA TERJUMPA LELAKI INDIA INI.. TOLONG DAPATKAN MAKLUMAT DIRI & KENDERAAN YANG DIGUNAKAN.. TERIMA KASIH..,” tulisnya Lan yang memuat naik rakaman CCTV yang dipercayai individu yang terlibat.

Hantaran yang dimuat naik Lan menerima reaksi pelbagai wargaet yang rata-ratanya meminta Lan untuk terus membuat laporan polis dan tidak kurang yang menyifatkan ia dugaan di dalam mencari rezeki.

Sekadar infomarsi, kedai Solo Borneo Mart menyediakan pelbagai barang jualan daripada Sabah dan Sarawak untuk dijual pasaran Semenanjung Malaysia.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Isteri Lan ketika ditanya berhubung perkara ini lebih lanjut, memberitahu dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, individu terbabit melarikan wang tunai lebih RM500.

Shiela atau nama sebenarnya Nur Sheila Hashim berkata, lelaki terbabit muncul secara tiba-tiba dan meminta wang RM500 sebelum menyuruh pekerja mereka menyerahkan semua wang dalam mesin juruwang di kaunter bayaran.

“Ketika kejadian, saya dan Lan berada di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjayakan raptai sebuah program hiburan. Ketika itu, pekerja kami menghubungi kami bertalu-talu tetapi saya abaikan kerana nak fokus kepada acara itu.

“Sebaik selesai, saya terus hubungi mereka semula dan dimaklumkan mengenai kejadian itu. Kami terus periksa kamera litar tertutup (CCTV) untuk melihat rakaman kejadian itu.

Image_3.jpg

“Memang dia buat kerja sangat pantas dan tak sampai tiga minit pun. Dia datang mengugut pekerja kami kononnya meminta bayaran untuk barang yang kami pesan sedangkan kami tidak pesan apa-apa pun,” jelasnya.

Menurut Shiela, ketika kejadian hanya dua pekerja berada di kedai itu. Katanya, walaupun dua pekerja itu masih trauma dengan kejadian itu, namun dia bersyukur kerana mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mujur lelaki itu tidak bersenjata. Namun, agak untuk mengenal pasti individu itu kerana dia memakai pelitup muka dan tergesa-gesa meminta wang daripada pekerja saya,” ujarnya lagi.

Sheila berkata, pekerjanya membuat dua laporan polis semalam di Ibu Pejabat Pois Daerah Subang dan Balai Polis Bukit Puchong.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

LAN SAMBUT ULANG TAHUN KE-11: “KENAL AWEK NI AWAL 1999, KAWAN SEKOLAH KAN.. KAPEL TERUS”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker