KUFC tidak pandang rendah kehadiran skuad projek FAM-MSN

20/12/2020 03:18 PM

KOTA BAHRU, 20 Dis — Pasukan Kelantan United (KUFC) tidak memandang rendah terhadap kehadiran skuad projek Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)-Majlis Sukan Negara (MSN) yang akan beraksi dalam saingan Liga Premier musim depan.

Setiausaha Eksekutif KUFC Wan Mohd Zul Ikman berkata pasukannya mengambil pendekatan tidak mahu memandang mudah terhadap kemampuan skuad Projek FAM-MSN, walaupun mereka dibarisi pemain muda dari seluruh negara dan pertama kali menyertai liga berkenaan.

“Pasukan itu akan menjadi pasukan baharu yang memberikan cabaran sengit kepada pasukan-pasukan senior yang beraksi dalam saingan Liga Premier.



“Kami menyambut baik kehadiran skuad projek ini dalam saingan Liga Premier kerana ia akan membuka peluang cerah kepada bakat-bakat muda negara itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Skuad Bawah 20 tahun itu akan bersaing dalam Liga Premier 2021 sebagai antara usaha FAM dan MSN mencipta laluan kerjaya produk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), termasuk graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam memudahkan mereka melakukan transisi ke pentas senior.

Wan Mohd Zul berkata pendedahan bermain dalam saingan Liga Premier adalah platfrom bersesuaian kepada skuad itu untuk mendapatkan pengalaman bermain dalam saingan kompetitif dan lebih matang.

“Musim depan pasukan-pasukan Liga Malaysia berstatus kelab profesional dan ia sudah pasti akan memberikan pendedahan lebih berkesan kepada skuad itu dan kami akan melihat mereka sebagai satu pasukan yang bukan mudah dikalahkan.



“Tidak menafikan skuad itu akan menjadi sesuatu yang bernilai kepada perkembangan bola sepak negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang kerana mereka telah beraksi dengan pemain senior dan pemain import dari pasukan lain,” katanya.

Beliau turut percaya dengan ada skuad pelapis itu, arena bola sepak negara tidak akan kekeringan bakat muda yang berkualiti, selain mampu menjadi ancaman kepada pasukan lain.

MFL berhak tentukan format pertandingan Liga Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker