SAKINAH: “CONVERT LAH, BOLEH KAHWIN BANYAK” – INI JAWAPAN BALAS KEKASIH
Semua sedia maklum mengenai hubungan pelakon Sharifah Sakinah bernama Michael Hansen yang kini bukan lagi rahsia. Sakinah dalam kenyataan sebelum ini, memaklumkan dia sudah pun bertunang dengan jejaka tersebut yang berkongsi tarikh lahir sama dengannya dan bakal berkahwin pada 28 Mei 2021.
Terbaharu, Sakinah seperti memberi ‘hint’ dan dalam masa yang sama dalam nada gurauan meminta Michael untuk memluk Islam jika hendak berkahwin lebih dari satu.
“Berani nak kawin 3-4? @michael_hansen79 convert lah boleh kawin banyak,” tulis adik kepada pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah ini menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya.
Klik untuk gambar besar
Dalam entri tersebut, dia memuat naik sedutan drama lakonannya yang kelihatan memarahi suaminya sambil mencincang sayur di dapur. Entri itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang menganggap cara Sakinah melucukan. Michael juga tampil membalas pertanyaan Sakinah dalam ruangan komen.
Menurut Michael, dia tidak pasti sama ada dia boleh atau tidak untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami jika berkahwin lebih dari satu.
“Nasib baik saya yang selalunya pegang pisau di dapur sementara kamu masih memerlukan banyak latihan (menjawab mengenai sedutan video tersebut). Saya tidak rasa saya boleh kawal lebih dari satu (isteri), InsyaAllah,” jawabnya.
SHIERA AKUI TAK PERNAH ADA RASA DENGKI, CEMBURU DEKAT SAKINAH