TAHNIAH – AINAN TASNEEM SELAMAT BERSALIN KEMBAR SEPASANG
Pada Jumaat lalu (18 Disember 2020), penyanyi Ainan Tasneem telah selamat melahirkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
Berita gembira tersebut dikongsikan suami Ainan iaitu Mohamad Ariffudin menerusi laman Instagram Jumaat lalu. Sambil memanjatkan rasa syukur, Ariffudin turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anak kembar yang dikandung.
“Alhamdulillah Subhanallah Allahuakbar. Allahumma sholli ala Sayyidina Muhammad. Sekali lagi dikurniakan berita gembira dan peluang menyambut kelahiran anak soleh dan solehah pd hari jumaat yg mulia.
“Terima kasih byak2 kpd isteri kesayangan @ainantasneem92 setelah 37 minggu mengandungkan, harini pd jam 11.52 dan 12.11 berjaya melahirkan kedua-duanya dengan selamat. Semoga Allah mengurniakan ganjaran terbaik utk awk serta cepat pulih dr kesakitan dan kepenatan.
Klik untuk gambar besar
“Terima kasih juga kepada Dr Siti Mariam yg sangat positif dan tenang bersama teamnya menguruskan proses kelahiran kembar kali ni walaupun baby kedua banyak kerenah sikit.
“Terima kasih juga kepada mak abah, ummi abuya, adik-beradik, ustaz2, rakan2 dan semua yang mendoakan yg baik2 utk kami. Sangat yakin semua urusan ini dipermudah berkat dr doa kalian semua. Hanya Allah yg dapat membalas jasa kalian semua. Jazakumullahu Khoiran Kathir,” tulisnya panjang lebar.
Hari ini, penyanyi lagu ‘Aku Suka Dia’ itu pula berkongsi berita kelahiran ini menerusi Instagram miliknya. Melihat pada entri tersebut, Ainan memuat naik video boomerang bayi sepasangnya dengan menutupi wajah mereka dengan ‘sticker’ emoji. Ainan berharap anak-anaknya dapat membesar menjadi seorang anak yang baik dan patuh akan suruhan Allah.
“Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta para tabi’in yang mengikut jejak langkah baginda hingga ke hari kiamat.
“Ainan telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar yg soleh dan solehah pada hari Jumaat hari yg barakah, 18 Disember di Hospital Salam Shah Alam pada pukul 11.52am dan 12.11pm. Alhamdulillah Ainan direzekikan untuk melahirkan kedua mereka dengan selamat secara normal delivery.
“Semuanya dengan izin Allah dan asbab memilih untuk melahirkan dengan Dr Siti Mariam yang sangat handal dalam mengendalikan kelahiran kembar. Terima kasih sangat kepada Dr Siti dan nurse2 yg banyak membantu di Hospital Salam. Semoga kedua bayi ini akan menjadi daie dan daieyah, hafiz dan hafizah, mukmin dan mukminah, penyejuk hati Ainan dan Ariff dan berbakti pada semua orang. Aamiin Ya Mujib,” tulis Ainan.
Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada pada 6 Januari 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung bernama Ainan Salsabiela.
SALAH SATU KEMBAR KECIL – AINAN TASNEEM HARAP BERSALIN CUKUP BULAN