Tiga warga Myanmar ditahan bersama dadah bernilai RM145,000

Hebahkan !!!

19/12/2020 09:56 PM

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Polis menahan tiga lelaki warga Myanmar yang disyaki memiliki dadah bernilai RM145,000, hasil serbuan yang dilakukan di Taman Prima Selayang, Batu Caves pada pagi Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata ketiga-tiga suspek yang berumur antara 29 hingga 46 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 10.05 pagi, ketika berada berdekatan dengan dua buah kenderaan mereka yang diletak di hadapan sebuah pasar mini di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan, polis menemukan tiga peket plastik lutsinar yang disyaki dadah jenis syabu bernilai RM135,000 di dalam kereta jenis Honda City, manakala dua plastik lutsinar yang disyaki dadah jenis heroin bernilai RM10,000 ditemukan dalam kenderaan Perodua Kembara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arifai berkata hasil saringan air kencing dijalankan mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine, namun tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek kini, katanya direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 24 Dis ini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Leave a Reply

%d bloggers like this: