BERSATU lebih Dasyat dari PH Mengamalkan Dasar Kleptokrasi

Kerakusan  BERSATU dalam menjarah harta negeri sudah tidak dapat dibendung lagi, Kerakusan mereka sehingga tahap tidak meninggalkan sisa dan menggunakan apa cara sekali pun asalkan mereka dapat menjarah harta negeri.

Perkara ini bukan lagi rahsia dikalangan pemimpin PH yang mana satu ketika dahulu adalah rakan kongsi dalam penjarahan harta Negara. Mereka sebelum ini berkongsi “harta rampasan perang” bersama DAP.

Pertukaran kerajaan di Perak telah membuka pekung yang mana selama ini ditutup oleh Menteri Besar yang mana hanya memperlihatkan kebaikkan sahaja.. Rupanya terlalu banyak asset negeri yang telah berpindah tangan ada diantaranya dilakukan untuk orang perseorangan.

Sikap mereka seakan menyambung warisan BERSATU yang diketuai oleh Mahathir dan DAP sewaktu memerintah Negara selama 22 bulan.

Seawal pemerintahan, rakyat melihat betapa rakusnya mereka melakukan agihan tanah tanah untuk difaraidkan sesame mereka dan sehinggakan tanah tanah hutan simpan kekal pun menjadi mangsa pembalakan.

“Hutan Simpanan Kekal adalah bermaksud mana-mana tanah (tanah berhutan dan tidak berhutan) yang diwartakan atau disifatkan telah dijadikan sebagai HSK untuk tujuan perhutanan di bawah seksyen 7, 8 dan 9 Akta Perhutanan Negara 1984. Kawasan tersebut ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) dan semua hasil hutan dalam kawasan ini adalah milik Kerajaan Negeri. Di bawah seksyen 10 (1) Akta yang sama,HSK dikelaskan kepada dua (2) kategori yang utama iaitu (i) hutan pengeluaran dan (ii) hutan perlindungan.”

Perkongsian “harta rampasan perang” ini sehingga mereka sanggup memutar belitkan maklumat sebenar dam melakukan penyebaran maklumat palsu untuk “membutakan” hati dan fikiran rakyat.

Kerakusan ini, bukan berhenti disini sahaja, mereka sanggup menggunakan nama Baginda Sultan untuk menghalalkan segala tindak tanduk mereka dalam penjarahan harta negeri. Betapa dasyatnya mereka.

Mereka memanipulasikan maklumat dimana anak syarikat GLC yang menempa keuntungan akan dikatakan sebuah syarikat yang tidak menguntungkan dan terpaksa dijual. Difahamkan juga GLC ini dikawal sepenuhnya oleh pegawai yang dilantik yang berpihak kepada mereka.

Malah ada diantara CEO mereka yang sedang bertugas mempunyai asset tanah  yang melampuai batasan. Mempunyai tanah beratus ekar.Apakah perkara ini wajar berlaku?

Dibawah ini sebagai rekod, bagaimana mereka BERSATU dan DAP satu ketika dahulu menjarah harta Negara sehingga hutang Negara meningkat secara mendadak dan perlaburan terus menguncup.

  1. Data ini bermakna setiap hari Pakatan menjual aset negara sebanyak RM60 juta secara purata, bersamaan dengan RM2.5 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan.
  2. Ada pihak cuba bandingkan dengan rekod Datuk Seri Najib Razak dahulu melupuskan aset Khazanah sebanyak RM45.3 bilion dalam tempoh 9 tahun, sedangkan Pakatan baru berkuasa 500 hari tetapi sudah menjual lebih RM30 bilion aset negara. Terlampau banyak dijual dalam masa yang terlalu singkat.
  3. Paling membimbangkan tentulah hakikat bahawa penjualan aset-aset negara di bawah Pakatan ini tidak diganti dengan pembelian aset-aset strategik terkemuka – jauh berbeza dengan era BN di bawah Datuk Seri Najib Razak dahulu yang terbukti menyalurkan pula hasil pelupusan aset bagi menjana pelbagai pelaburan strategik yang lain.
  4. Berikut ialah senarai lengkap aset negara yang telah sah dijual dalam tempoh 500 hari Pakatan berkuasa:
  5. IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun iaitu Mitsui & Co Ltd dengan nilai RM8.41 bilion pada November 2018 (Rujuk: https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-divest-16-ihh-mit…).
  6. Saham CIMB sebanyak RM364 juta telah dijual oleh Khazanah pada Disember 2018 (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/tag/cimb/…).
  7. Axiata Group melalui anak syarikatnya, Axiata Investments Limited telah menjual keseluruhan kepentingan Axiata dalam M1 Limited (M1) kepada Konnectivity Pte Ltd (Konnectivity) Singapura dengan nilai sebesar RM1.65 bilion pada Februari 2019 (Rujuk: https://www.bharian.com.my/…/axiata-jual-semua-kepentingan-…).
  8. Saham Bank Filipina BDO Unibank telah dijual oleh Khazanah kepada Filipina dengan nilai RM415 juta pada Februari 2019 (Rujuk: http://www.bhplus.com.my/…/khazanah-jual-saham-bank-filipin…).
  9. Penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria yang bernilai RM3.7 bilion pada Februari 2019 (Rujuk: https://www.omv.com/…/190201_omv_and_sapura_energy_close_ag…).
  10. Kementerian Kewangan (MOF) menjual tanah dan bangunan Pejabat Konsulat Malaysia di Hong Kong setinggi 28 tingkat kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/…/takkan-seluar-dalam-pu…/).
  11. Boustead telah menjual Hotel Royale Chulan kepada Singapura dengan nilai sebanyak RM197 juta pada Februari 2019 (Rujuk: http://www.astroawani.com/…/boustead-jual-hotel-royale-chul…).
  12. Saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dijual oleh Khazanah dengan nilai sebesar RM1.05 bilion pada April 2019 (Rujuk: https://www.bharian.com.my/…/harga-saham-tnb-menjunam-permo…). ( selanjutnya :- https://umno-online.my/2019/09/26/sah-500-hari-ph-berkuasa-lebih-rm30-bilion-aset-negara-dijual/ )

 

Salah Guna Harta Kerajaan, Presiden PPBM Digesa Ambil Tindakan Terhadap Armada

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker