SITI NORDIANA MENANG 4 ANUGERAH DI AME 2020 – NETIZEN PERTIKAIKAN

Anugerah MeleTop Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), itu akhirnya telah melabuhkan tirainya malam tadi dengan menobatkan penyanyi Haqiem Rusli sebagai penerima Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki dan Siti Nordiana pula Top Top MeleTOP bagi kategori Wanita.

Pada acara tersebut, Haqiem turut memenangi kategori Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP. Disamping itu, kemenangan Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana itu merupakan kali kedua selepas dua tahun berturut-turut memenangi anugerah utama tersebut. Dalam pada itu, Nana turut berjaya membawa pulang anugerah Artis Versatil MeleTOP

Kategori Artis Baharu MeleTOP dimenangi Han Byul. Pasangan pelakon Hairul Azreen dan isteri, Hanis Zalikha memenangi trofi Couple MeleTOP manakala anak mereka Alisa Aisyah menang trofi Si Cilik MeleTOP.

Tidak ketinggalan, trofi Program MeleTOP sekali lagi menjadi milik Sepahtu Reunion Live 2019. Pelakon Syafiq Kyle turut mengulangi kejayaan tahun lalu apabila memenangi trofi Bintang Filem MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Image_2.jpg

Selain itu, Anugerah Khas MeleTOP diberikan kepada Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Manakala Anugerah Wira MeleTOP diberikan kepada Ustaz Ebit Liew.

Malam AME 2020 yang dihoskan Nabil Ahmad, Zizan Razak dan Jihan Muse itu turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi senior seperti Anuar Zain dan Misha Omar.

Manakala, persembahan daripada penyanyi generasi baharu K-Clique, Floor88, Haqiem Rusli, Ernie Zakri, Yonnyboii, Dolla, Aina Abdul, Wany Hasrita, Andi Bernadee, Zynakal, Ismail Izzani, dan Shiha Zikir.

Image_3.jpg

INI SENARAI PENUH PEMENANG AME 2020

• Top Top MeleTOP Lelaki: Haqiem Rusli
• Top Top MeleTOP Wanita: Siti Nordiana
• Top Top MeleTOP Duo/Berkumpulan: Khai Bahar & Siti Nordiana
• Fesyen MeleTOP: Syafiq Kyle
• Artis Baharu MeleTOP: Han Byul
• Couple MeleTOP: Hanis Zalikha & Hairul Azreen
• Si Cilik MeleTOP: Alisa Aisyah
• Grup/Duo MeleTOP: Khai Bahar & Siti Nordiana
• Penyanyi MeleTOP: Haqiem Rusli
• Lagu MeleTOP: Lembah Kesepian
• Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live 2019
• Drama MeleTOP: Sweet Dreams
• Hos MeleTOP: Alif Satar
• Pelakon MeleTOP: Ben Amir
• Bintang Filem MeleTOP: Syafiq Kyle
• Filem MeleTOP: Ejen Ali The Movie
• Influencer MeleTOP: Syahmi Sazli Production
• Artis Versatil MeleTOP: Siti Nordiana
• Anugerah Khas MeleTOP: Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
• Anugerah Wira MeleTOP: Ustaz Ebit Liew

Image_4.jpg

TABIK DENGAN QIEMILIO – HAQIEM RUSLI NAFI GUNA DUIT MINTA ORANG UNDI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker