Illi Najwa diminta tampil beri penjelasan sebelum tindakan dapat diambil

Wanita Malaysia, Illi Najwa Saddique yang dilaporkan berkahwin dengan kapten pasukan hoki India di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab, awal minggu ini, akan dipanggil memberi penjelasan mengenai status agama mereka sebaik sahaja dia kembali ke tanah air nanti, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata, kerajaan amat peka mengenai perkara itu dan berdasarkan maklumat awal, beliau difahamkan wanita yang berasal dari Johor itu masih beragama Islam, dan kerajaan belum menerima permohonan daripadanya untuk berkahwin di luar negara.

“Malah, menerusi pembacaan saya di laman media sosial juga ada mengatakan dia masih seorang beragama Islam dan lelaki itu dikatakan sudah memeluk Islam akhir tahun lepas, namun pengesahan sebenar kita akan tunggu apabila dia kembali nanti,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengagihan Bantuan Musim Tengkujuh kepada Nelayan dan Petani di Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor dekat sini, hari ini.

“Buat masa ini, kita bersangka baik, wanita itu masih beragama Islam dan berkemungkinan adat yang perlu dilalui di sana, di luar kesedaran wanita itu, namun ia bercanggah dengan agama Islam,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, kapten pasukan hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia, Illi Najwa Saddique di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.



Manpreet, 28, mengenakan sut perkahwinan Punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa kelihatan memakai pakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

Ia menimbulkan tanda tanya warga net berhubung status agama gadis berkenaan.

Kapten Hoki India Kahwini Gadis Malaysia



Kapten Hoki India Kahwini Gadis Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button