Majlis Presiden: Layakkah Muhyiddin?

Penubuhan Majlis Presiden bagi penyelarasan parti politik yang menyokong kerajaan Muhyiddin nampaknya tidak mendapat impak yang baik kepada ahli-ahli parti yang mereka dokongi. Rata-rata sudah dapat membaca ianya bukan untuk keutuhan ikatan antara parti tetapi lebih kepada pengukuhan kuasa Muhyiddin dan rakan-rakannya di dalam PPBM.

PRU15, persediaan yang licik perlu supaya masing-masing yang berlabel ‘katak’ terus boleh menjadi wakil rakyat parlimen seterusnya memegang jawatan menteri lagi. Kesmua ‘klaster katak’ memang atas tiket parti yang mereka wakili dan bukannya PPBM. Pengundi dan jentera parti yang mereka pergunakan selama ini bakal mengajar mereka diPRU15 dan cara terbaik adalah wujudkan ‘pakatan’ untuk agihkan kerusi supaya semua dapat merasa kembali kuasa.

Pengaturcara pakatan ini dilihat menafikan kekuatan parti-parti senior dan butakan diri mengenai jumlah kerusi dan sokongan pengundi selama ini terhadap parti-parti seperti UMNO dan PAS.

Berjayanya ikatan antara parti ini tertakluk sejauh mana Muhyiddin sanggup bertukar kerusi kepimpinan dan bukannya menggunakan kedudukan jawatan Perdana Menteri untuk menonjolkan diri kononnya kuasa nombor wahid penentu kedudukan ikatan tersebut datang dari kerusi ketua kerajaan. UMNO dan PAS bakal menjadi boneka kepada individu yang berjuang kerana nafsu peribadi dan bukannya perjuangkan nasib rakyat sebagai wadah utama.

Desas-desus wujudnya kumpulan pengatur kuasa ini tidak boleh di selindungkan lagi. Muhyiddin sekadar Perdana Menteri ehsan dari ahli-ahli parlimen yang mendokong kerajaan PN dan bukannya mendapat mandat penuh rakyat melalui proses pilihanraya ke 14. Kumpulan ini nampak begitu agresif menyusun kuasa samada perancangan mereka sendiri atau permintaan atau arahan dari individu yang gila kuasa.

UMNO dan PAS perlu sedar segera, di dalam kelompok sendiri ada musang berbulu ayam. Majlis presiden bukan untuk seorang berkuasa tetapi penggiliran kuasa.

Mereka lupa kuasa rakyat, kuasa pengundi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker