“SAYA TIDAKLAH SEBANGSAT ITU…” – ISU JODOH DIPERSENDAKAN, ZIZAN SERAHKAN PADA ALLAH
Selepas pelakon Kamal Adli membuat kejutan melamar pelakon Uqasha Senrose semasa siaran langsung Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) malam tadi, isu jodoh pelawak dan pelakon Zizan Razak nampaknya kembali hangat diperkatakan.
Reaksi Zizan pada malam itu menjadi bualan apabila ramai dalam kalangan peminat seperti mempersendakan urusan jodohnya yang masih belum kunjung tiba.
Zizan menerusi laman Instgram miliknya memberitahu yang dia hanya memberikan reaksi sporting untuk menjadikan program itu lebih menarik dan dia tidak tahu menahu mengenai lamaran Kamal pada Uqasha itu.
“Melihat apa yang berlaku malam ini (tadi) menjadi perbualan dalam media sosial tentang jodoh saya selepas Kamal Adli melamar Uqasha Senrose di pentas AME2020.
“Maaf saya katakan apa yang berlaku malam pun bukan rancangan saya dan saya tidak tahu. Saya cuma memberi respons yang ‘sporting’ untuk memberikan program nampak ‘best’,” ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, Zizan seolah kecewa urusan jodohnya dipersenda ramai. Ujarnya, dia percaya bahawa jodoh, ajal dan maut bukan terletak di tangan manusia sebaliknya urusan Allah.
“Dan bila sebut bab jodoh saya tidaklah sebangsat itu dan seperti yang anda sangkakan. Segalanya saya serahkan pada Allah. Kerana jodoh ajal maut itu bukan urusan kita dan semestinya Dia,” katanya.
Terdahulu, selain Emma, Zizan pernah dikhabarkan menjalin hubungan cinta dengan beberapa wanita lain seperti Juliana Evans dan Mira Filzah.
Ketiga-tiga wanita tersebut sudah bergelar isteri dan hal itu membuatkan peminat melabel Zizan seorang lelaki yang tidak bernasib baik dalam percintaan.
BELUM BERTEMU JODOH – ZIZAN ENGGAN BUANG MASA ‘DATING’, BERI KATA-KATA MANIS