Tabung Gates gesa agihan vaksin secara adil

19/12/2020 05:29 PM

BEIJING, 19 Dis — Tabung Bill & Melinda Gates pada Sabtu, sekali lagi menggesa agihan dan penggunaan vaksin COVID-19 secara lebih adil dalam rangka program COVAX.

Program COVAC dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Gabungan Bagi Inovasi Persediaan Epidemik (CEPI) dan Persekutuan Global untuk Vaksin dan Imunisasi (GAVI).



Dalam kalangan sembilan jenis vaksin COVID-19 yang disokong oleh CEPI, terdapat dua vaksin yang dibangunkan China.

Vaksin itu mungkin akan disenaraikan dalam pembelian dan pengagihan program vaksin COVAX.

Pegawai kanan perwakilan Tabung Gates di Beijing, Du Heng berkata, hanya 33 peratus kes kematian akibat wabak COVID-19 dapat dielakkan sekiranya vaksin diperoleh oleh mereka yang mampu membelinya.

Namun, sekiranya vaksin itu diagihkan secara lebih adil, iaitu berdasarkan jumlah penduduk negara, maka sebanyak 61 peratus kes kematian dapat dielakkan, katanya.



Beliau menjelaskan, pengagihan dan penggunaan vaksin secara adil amat signifikan bagi membendung penularan wabak di seluruh dunia.

China yang menganggotai program vaksin COVAX secara rasmi pada 8 Oktober lalu, adalah entiti ekonomi terbesar yang terbabit dalam program tersebut.

Kementerian Luar China sebelum ini menyatakan, pihaknya komited menyokong pengagihan vaksin secara adil dan akan menjamin bekalan pelalian itu kepada negara-negara membangun.

EU dijangka beri vaksin COVID-19 sebelum akhir tahun



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button