Tai Chi, Wangkang disenarai Warisan Budaya UNESCO

BEIJING, 18 Dis — Seni bela diri Tai Chi (Taijiquan) dan upacara Wangkang disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), pada Khamis.

Pengiktirafan tersebut menjadikan jumlah warisan budaya bukan benda China dalam senarai UNESCO meningkat kepada 42, terbanyak di dunia.



Sejak pertengahan abad ke-17, Tai Chi yang juga diamalkan sebagai senaman mempunyai ramai peminat bukan sahaja di China, malah seluruh dunia.

Selain membantu menguatkan tubuh badan, Tai Chi menerapkan unsur-unsur budaya tradisional serta falsafah mengenai keharmonian alam dan manusia.

Sementara itu, upacara Wangkang bukan sahaja sinonim dengan masyarakat di Fujian, China malah ia juga menjadi amalan dalam kalangan penduduk di Melaka.



Wangkang, tradisi yang wujud antara abad ke-15 hingga abad ke-17 di selatan Fujian, diamalkan bagi mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat.

Upacara itu menyingkap tabir memori leluhur (nenek moyang) yang mengeksplorasi laut yang menggabungkan konsep keharmonian antara manusia dan laut.

UNESCO sebulat suara lulus ketetapan mengenai Kota Lama Baitulmaqdis, kawasan temboknya



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button