ALI PUTEH LUAH RINDU PADA IBU & ARWAH ABAM – FOTO HIDAYAH DIKERAT?

Pelawak dan pelakon Ali Puteh baru-baru ini menerusi laman Instagram telah memuat naik foto keluarga serta meluahkan rasa rindu pada dua insan tersayang iaitu ibunya, Sabarah Arshad dan abangnya, Allahyarham Abam Bocey.

Dalam entri tersebut, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memaklumkan sudah lima hari dia tidak bertemu ibunya yang kini dirawat di hospital kerana belum lagi dibenarkan melawat.

“Rindu saat ni, mak masih di hospital sekarang ni dan masih belum sedar dari tidur. Doakan semoga mak sembuh ye. Tak ada apa yang mampu selain doa untuk mak kembali pulih.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“5 hari dah mak di hospital dan kami masih belum dibenarkan melawat mak. Hampir 11 bulan dan abang pergi. Tengok gambar ni terasa macam baru semalam kami semua bersama,” tulisnya.

Menurut Ali, begitu kuat ujian Allah SWT buat dia dan keluarga. Namun, dia tetap percaya bahawa Allah menguji hambaNya tanda sayang dan terus istiqomah kepada-Nya.

Image_3.jpg

“Kuat ujian Allah pada kami. Tapi saya percaya, Allah uji tanda Allah sayang dan terus istiqomah kepadanya. Semoga ada sinar buat keluarga kecil kami ini… doakan ye,” kata Ali.

Terdahulu, Ali menerusi satu perkongsian di Instagram memaklumkan ibunya, Sabariah, 63, dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Selayang disebabkan serangan asma sejak Khamis lalu.

Namun begitu, foto keluarga yang dimuat naik oleh Ali itu telah menimbulkan persoalan, adakah gambar Hidayah dikerat? Apa-apa pun, doakan yang terbaik buat keluarga ini.

Image_4.jpg

SHAHRULEZAD: “JANGAN BERTANDING KALAU RASA JURI TIDAK ADIL… TAK PAYAH DUK KALUTLAH”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker