Arab Saudi gantung penerbangan antarabangsa kekang strain baharu COVID-19


Source: Saudi Press Agency/dpa

21/12/2020 07:07 PM

RIYADH, 21 Dis — Arab Saudi pada Ahad menggantung semua penerbangan antarabangsa selama seminggu berikutan penularan strain baharu COVID-19, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

SPA, memetik sumber Kementerian Luar, berkata penggantungan itu mungkin akan disambung untuk tempoh seminggu lagi.

Minggu lalu, United Kingdom (UK) mengumumkan satu strain baharu COVID-19 yang mudah berjangkit, mendorong beberapa negara Eropah menghentikan perjalanan keluar dan masuk dari UK.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminta negara-negara tersebut meningkatkan langkah-langkah kesihatannya bagi menghalang penularan strain baharu itu.

Tindakan Arab Saudi itu sebagai langkah berwaspada kerajaan sehingga terdapat maklumat yang jelas mengenai sifat strain baharu tersebut.

Pihak berkuasa Arab Saudi turut mengarahkan mana-mana individu yang kembali atau melalui negara Eropah dalam tiga bulan terakhir segera menjalani ujian saringan COVID19.

Sekatan perjalanan, bagaimanapun, tidak membabitkan penerbangan kargo Arab Saudi dan rantaian bekalan daripada negara yang tidak merekodkan kes melibatkan varian baharu itu.

Arab Saudi buka ruang udara kepada penerbangan Israel

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker