Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?

Masih 'bebas' dari hadir ke Mahkamah

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Zeti Akhtar Aziz masih "bercuti bersalin"?

 

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz nampaknya masih “bercuti bersalin” selepas tamat 365 hari tahun 2022.

Memasuki tahun 2023, Zeti masih lagi menikmati “cuti bersalin” apabila belum sekali menghadirkan diri sebagai saksi utama kes 1MDB.

Persoalan demi persoalan bermain di minda rakyat, mengapa beliau begitu ‘kebal’ dari semua Undang-Undang sedia ada?

Walaupun bekas Peguam Negara, Tommy Thomas sendiri pernah mengakui penglibatan Zeti dalam skandal 1MDb, beliau masih lagi bebas dan bergembira tanpa perlu ke Mahkamah.

Pada tahun lepas, Zeti septtnya menghadirkan diri namun beliau diberikan ‘cuti sakit’ kerana muntah dan sakit kepala.

Bagaimanapun, Zeti berjaya menarik perhatian ramai apabila tampak ‘ceria’ dalam satu majlis lain.

Rujukan – ZETI CERIA

Zeti Akhtar Aziz masih "bercuti bersalin"?

Lebih menghairankan, laporan-laporan SPRM, Polis berkaitan siasatan terhadap Zeti dan suami berikutan pendedahan laporan dari Singapura mengenai wang 1MDB dikatakan telah siap, namun tiada tindakan susulan dari Pejabat Peguam Negara.

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, mengetahui bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima sumbangan AS$100 juta daripada Arab Saudi ke dalam akaun peribadinya pada 2011.
 
Bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank, Cheah Tek Kuang, 75, berkata, beliau yang memaklumkan perkara itu kepada Zeti dalam satu perjumpaan, sejurus selepas Najib membuka akaun di bank berkenaan.- AWANI – 4/10/2022
 
Pendedahan oleh saksi dalam kes 1MDB juga menunjukkan semua aliran wang berada di bawah pengetahuan Zeti.
 
Sampai bilakah Zeti akan terus menikmati “cuti bersalin” beliau dan mengelak dari disoal di dalam Mahkamah berikutan keterangan saksi kes 1MDB?

 

 
 
 
 
 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker