Korea Selatan umum pelantikan baharu Ketua Utusan Nuklear

21/12/2020 05:07 PM

SEOUL, 21 Dis — Korea Selatan pada Isnin mengumumkan pelantikan ketua wakil khas baharu bagi urusan keamanan dan keselamatan Semenanjung Korea, ketika negara itu bersiap sedia untuk bekerjasama dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) bagi memulakan semula rundingan nuklear dengan Korea Utara, lapor Agensi Berita Yonhap.

Noh Kyu-duk, diplomat yang bertugas sebagai setiausaha presiden untuk perancangan perdamaian, dilantik menggantikan Lee Do-hoon, umum Kementerian Luar dalam satu siaran media.



Pelantikan dibuat menjelang bakal Presiden Joe Biden menerajui pentadbiran AS secara rasmi dan dilihat memberi nafas baharu untuk membawa Pyongyang kembali ke meja rundingan.

Utusan baharu itu menyertai perkhidmatan luar negeri pada 1987 dan berpengalaman dalam rundingan enam pihak pada 2006 selain juga arif mengenai isu membabitkan negara-negara terlibat kerana pernah bertugas di AS dan China.

Beliau juga pernah bertugas sebagai Ketua Pengarah Biro Rejim Perdamaian Semenanjung Korea, yang menangani isu-isu berkaitan kerjasama antara Korea.

Sebelum itu, pernah berkhidmat di Pejabat Keselamatan Negara di Cheong Wa Dae (pejabat presiden) sebagai jurucakap kementerian dan setiausaha presiden untuk strategi keselamatan.



Rundingan nuklear antara AS dan Korea Utara tertangguh sejak sidang kemuncak Presiden Donald Trump dan pemimpin Kim Jong-un di Hanoi berakhir tanpa sebarang kesepakatan.

Pentadbiran Biden peluang batalkan sekatan anti-Iran – Pakar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button