Medan telaga minyak Tarim keluar 30 juta tong minyak dan gas asli

21/12/2020 08:26 PM

XINJIANG, 21 Dis — Jumlah pengeluaran minyak dan gas asli di medan telaga minyak Tarim di selatan Wilayah Autonomi Xinjiang mencatatkan sebanyak 30.031 juta tong setakat pukul 12 tengah malam Ahad.

Pengurus besar Syarikat Medan TelagaMinyakTarim, Yang Xuewen baru-baru ini memaklumkan, usaha pembangunan dan eksplorasi telah dilakukan secara aktif dalam menaik tarafkan kawasan ini sebagai lokasi yang mampu mengeluarkan minyak dan gas asli sehingga satu bilion tong dalam tempoh Rancangan Lima Tahun ke-13 pembangunan sosioekonomi China.

Beliau berkata, usaha itu akan diteruskan bagi memastikan jumlah pengeluaran dapat mencecah 40 juta tong pada 2025 dan 50 juta tong pada2035.

Jelas Yang, ia bermatlamat mewujudkan sebuah medan telaga minyak dan gas asli sejajar proses modenisasi mengikut arus perdana dunia.

Untuk rekod, Lembangan Tarim seluas 560 ribu kilometer persegi merupakan lembangan minyak dan gas asli terbesar di daratan China dengan rizab yang ditemui mencatat 2.67 bilion tong.

Dalam perkembangan lain, setakat ini, sebanyak 32 medan minyak dan gas asli telah dibina di Lembangan Tarim dalam tempoh 31 tahun lalu dengan jumlah pengeluaran melebihi 400 juta tong, selain gas asli yang dihantar dari kawasan barat ke timur China melebihi 260 bilion meter padu.

Di samping itu, jaringan saluran paip gas juga selesai dibina untuk menghantar gas asli sebanyak empat bilion meter padu setiap tahun ke lima daerah di selatan Xinjiang yang turut memberi manfaat kepada 4.3 juta penduduk tempatan.

Selatan Sudan bergelut kekalkan pengeluaran minyak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker