Kelantan FC selesai bayar tunggakan gaji Abou Bakr

22/12/2020 10:10 PM

KOTA BHARU, 22 Dis — Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) sudah melunaskan tunggakan gaji seorang lagi bekas pemain import skuad The Red Warriors (TRW), Abou Bakr Al Mel.

Penasihat Undang-Undang Kelantan FC Shairuz Sheffie berkata sejumlah RM969,283 telah dibayar kepada bekas penyerang import dari Lubnan itu, dalam dua kali pembayaran iaitu pada 15 Okt dan 17 Dis lepas.

“Kelantan FC ingin mengumumkan bahawa kami telah berjaya melunaskan pembayaran hutang tertunggak sebanyak USD233,000.00 (RM969,283.00) kepada Abou Bakr.

“Hutang itu dibayar dalam dua bahagian iaitu USD133,000 (15 Okt) dan USD100,000 (17 Dis) kepada Peguamcara, Eleven & Law,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi pasukan itu, hari ini.

Abou Bakr beraksi bersama Kelantan pada 2017 bagi mengisi kekosongan posisi penyerang ditinggalkan bekas pemain import pasukan itu, Mohammed Ghaddar yang berhijrah ke kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

Semalam, dilaporkan, Kelantan FC juga telah melunaskan sepenuhnya tunggakan gaji bekas pemain import dari Brazil iaitu Cassio Francisco dengan sejumlah RM679,263.20.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker