19 maut nahas jalan raya di timur China

19 maut nahas jalan raya di timur China

19 maut nahas jalan raya di timur China

BEIJING: Seramai 19 orang terbunuh dan 20 lagi cedera dalam nahas jalan raya yang berlaku di wilayah Jiangxi, timur China.

Lapor penyiar CCTV dengan memetik pihak berkuasa tempatan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi (waktu tempatan) di daerah Nanchang.

Jelasnya, polis masih sedang menyiasat punca nahas jalan raya itu.

Berdasarkan agensi berita Jimu, kejadian itu berlaku apabila sebuah lori merempuh perarakan pengebumian.

Menurut seorang saksi dikenali sebagai Deng, sekumpulan individu sedang berjalan di tepi jalan ketika perarakan pengebumian itu sebelum menuju ke krematorium.

Katanya, kumpulan individu itu dilanggar sebuah lori, dengan kebanyakan mereka mengalami cedera dan maut.

Seorang lagi saksi bernama Gong mendakwa isterinya antara mangsa terbunuh dalam nahas itu.

“Lori itu tiba-tiba merempuh bahagian belakang barisan individu yang berarak sehingga mencapai ke van jenazah,” katanya.

Kira-kira sejam selepas berita nahas jalan raya itu disiarkan, polis trafik Nanchang mengeluarkan panduan perjalanan kepada pemandu, dan memaklumkan daerah itu sedang dilanda cuaca berkabus.

“Jarak penglihatan untuk pemanduan amat terhad. Situasi ini boleh menyebabkan nahas jalan raya dengan mudah.

“Sila beri tumpuan ketika memandu, perlahankan kenderaan dan pandu secara berhati-hati, kekalkan jarak yang selamat dengan kereta hadapan, jangan mengubah laluan dan memotong,” katanya. – AFP

4 maut, lebih 40 cedera dalam nahas bas di utara Thailand

19 maut nahas jalan raya di timur China

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker