Jangan jadikan Tabung Haji lombong kekayaan
Sejak Kerajaan BN tumbang di PRU ke 14, institusi yang paling terkenal di dunia milik negara kita, Tabung Haji dilihat menjadi seperti kawah lombong emas bagi mengaut kekayaan segera. Institusi yang terhebat menguruskan umat Islam di negara ini bagi menunaikan fardu haji, rukun Islam yang ke lima seakan dirobek oleh iblis liar yang lapar ingin menjadi kaya sekelip mata.
Penjualan aset-aset milik Tabung Haji hasil pengumpulan keuntungan dari pendeposit sejak kerajaan BN tumbang begitu memalukan dan membuatkan imej negara berada di tahap yang begitu buruk. Tiada satu pun siasatan terperinci dilakukan berhubung dengan aset-aset yang berpindah tangan dan nilainya melebihi ratusan juta ringgit.
Kredibiliti pengurusan Tabung Haji terus menjadi persoalan dan pihak Tabung Haji seakan tidak mampu untuk menjawab terutama kepada pendeposit. Respon sebegini boleh menggambarkan reputasi yang buruk terutama kepada kepala penyelia utama iaitu Menteri yang dipertanggungjawabkan mengurus Tabung Haji.
Pertama, persoalan yang masih bermain di mata rakyat terutama pendeposit adalah kenapa tiada tindakan diambil terhadap individu-individu yang terkait dengan ‘skandal’ penjualan aset-aset strategik Tabung Haji termasuk hotel-hotel yang tidak tersenarai sebagai aset berpulangan rugi. Tindakan berupa siasatan sudah memadai sebagai langkah mula untuk menyakinkan bakal-bakal pendeposit dan juga pendeposit itu sendiri.
Kedua, apakah rasionalnya penubuhan sayap baru perniagaan milik kerajaan di bawah kementerian kewangan, Urus Jemaah Sdn Bhd kalau pengakhirannya Tabung Haji menaglami kerugian yang ketara?
Terbaharu, tiba-tiba Tabung Haji membeli aset baharu yang bernilai RM147 juta? Paling terkejut, alasan pembelian kononnya aset tersebut boleh memberi pulangan hanya 5.5% sahaja setahun (atas kertas). Atas timbang tara apakah pembelian tersebut dibuat? Sebelum ini menteri zaman Mahathir memerintah 22 bulan mengatakan Tabung Haji umpama sudah hampir kosong kantungnya maka itulah alasan aset-aset strategik miliknya dijual dan berpindah tangan ke agensi lain?
Menteri baharu yang menggantikan Mujahidperlu jelaskan secara terperinci kenapa pembelian tersebut berlaku di saat agensi milik kerajaan yang lain sedang berusaha menjual bangunan yang terlalu banyak kosong tanpa penyewa.
RM147juta bukan suatu jumlah yang sedikit di saat krisis covid-19 ini. Siapa yang raih keuntungan besar selain pemilik bangunan tersebut? Broker?