KACAK SEDIH TAK SEHEBAT CIK B: “DIA RASA DIA NOBODY, HABISKAN DUIT MAMA JER”

Anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sejak kebelakangan ini semakin melonjak naik, selepas muncul dalam satu drama dan keluar dengan lagu single, malah kini bergelar pelawak pula.

Melihatkan kejayaan dan populariti dikecapi oleh Cik B, anak lelaki usahawan tersebut merasakan dirinya tidak dihargai. Bagaimanapun, DSV berkata kasih sayang terhadap anak-anaknya tidak berubah.

Memuat naik mesej perbualan dengan Kacak, dimana anaknya berkata dia hanya tahu menghabiskan duit ibunya sahaja. Kacak seolah mengatakan dirinya kesunyian selepas ibunya dan Cik B sibuk menghadiri program televisyen.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Namun, penyanyi lagu ‘I Am Me’ itu berkata Kacak tetap disayangi walaupun tumpuan ramai ramai kini lebih kepada Cik B.

“HU HU.. KESIAN Kacak. Dia rasa dia No body. Habiskan duit mama jer. Mama selalu cakap.. CIK B JER ANAK MAMA YG HEBAT. KACAK? Ciik B Dah bole cari duit sendiri.. Mama SAYANG SEMUA ANAK MAMA,” tulis Vida.

Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata rakan-rakan artis dan netizen memberikan kata-kata semangat kepada Kacak mengatakan suatu hari nanti dia juga akan turut menempa nama seperti mana ibu dan kakaknya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker