Suspek kes merusuh hingga akibatkan satu kematian, ditahan

BEAUFORT, 23 Dis — Polis semalam berjaya menahan salah seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden merusuh sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di sebuah restoran di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abdul Razak berkata suspek, Kesavan Perambalan, 34, ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

“Pada pukul 9.00 malam sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Beaufort dibantu polis daripada Jabatan Siasatan Jenayan Kontinjen Sabah telah menjalankan Ops Kesan bagi mengesan suspek yang masih bebas.

“Hasil risikan pihak polis berjaya mengesan dan menahan suspek di kawasan bangunan kedai, Lorong 3, Bandar Mingo Beaufort,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.



Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata semasa rusuhan dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.

Polis sebelum ini telah menahan lima suspek bagi membantu siasatan kes sekumpulan lelaki merusuh di restoran di sini sehingga menyebabkan seorang lelaki maut, yang menjadi tular di media sosial, dan kini polis masih berusaha mengesan seorang suspek Hobalan N. Vello, 37, atau nama panggilan Jimmy Black.

Kes merusuh di Beaufort tiada kaitan dengan gangsterism – Polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker